Tidak kira produk
barangan pengguna ataupun barangan keselesaan, apabila sudah berkenaan di hati
sudah tentu akan terjadi tawar menawar antara bakal pembeli atau pelanggan
dengan penjual yang menawarkan barangan. Bermulalah episod merayu, memujuk,
memohon simpati dan tidak kurangnya sehingga bertegang leher pun boleh terjadi
sama. Semuanya berlaku kerana
i.
Si pembeli
mahukan harga yang terendah manakala penjual mahukan keuntungan yang tertinggi
ii.
Si pembeli
memerlukan produk yang diingini manakala penjual asalkan produk tiada di dalam
stoknya dikira cukup baik
iii.
Si pembeli cuba
nak mengacah dahulu boleh ataupun tidak manakala penjual merasakan pembeli
telah berminat sungguh
iv.
Si pembeli saja
nak ketahui berapa rendah harga boleh ditawarkan manakala si penjual merasakan
bila harga dah DOWN pembeli kena beli
Semuanya mainan bicara
tawar menawar sebelum transaksi persetujuan penerimaan penawaran berlaku. Bukan
di kira menang atau kalah, siapa untung siapa rugi atau siapa yang paling
cerdik. Apa yang penting cukup berpuas hati dengan harga yang ditawarkan
memberikan kedua-dua belah pihak menerima dengan hati dan perasaan yang
terbuka. Kerana itu perlu ada sikap tolak ansur antara bakal pembeli atau
pelanggan dengan penjual. Terutama orang yang menawarkan produk yang ditawarkan
perlu ada sensitiviti dan kefahaman kos sesuatu produk sebelum menerima harga
tawaran yang di kemukakan.
Ambil satu solusi
yang terbaik yang tidak menyakiti hati pembeli atau pelanggan yang mahukan
produk yang ditawarkan. Penyelesaian terbaik adalah dengan
i.
Ambil jalan
tengah yang boleh menggembirakan hati bakal pembeli atau pelanggan yang ditemui
ii.
Asalkan tidak
menanggung kerugian walaupun margin yang kecil sahaja itu sudah di kira amat
memadai.
iii.
Berikan diskaun
yang memadai bukan mengikut kata hati atau mengikut apa yang pembeli mahukan
iv.
Nada suara yang
lembut, bersopan dan berhemah mengatakan secara berfakta dan jujur
v.
Jangan mudah terpengaruh
dengan sikap pembeli yang memujuk dengan baik dan merayu-rayu sehingga kerugian
pula yang ditanggung
vi.
Dengar dahulu apa
yang dimahukan terlebih dahulu walaupun kita sedari apa yang dimintanya tidak
mungkin dapat dipenuhi. Jangan mencelah sama sekali.
vii.
Tenang dan
bersabar dalam melayan karenah
Kerana itu perlu
kepada tolak ansur yang sewajar dan sepatutnya. Jangan ikutkan hati yang panas
kelak nanti produk yang kita tawarkan tidak ke mana sambutannya. Tidak salah
kurangkan sedikit harga yang ditawarkan asalkan harganya tetap berpatutan dan
masih boleh menikmati keuntungan seperti mana yang dikehendaki. Baik ambil jalan
tengah asalkan produk yang di tawarkan dan dijual masih ada lagi penerimaannya
dari bakal pembeli atau pelanggan. Jangan pula di ambil seperti pepatah
mengatakan biar putih tulang jangan putih mata di khuatir kan nanti nak
dapatkan untung yang maksimum langsung tak laku terus produk yang ditawarkan
kelak. Siapa yang akan menanggung kerugian nanti, bukan pembeli tetapi penjual
juga yang menanggungnya kelak.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan