Selamat datang semoga boleh dimanfaatkan bersama. Terima kasih atas luangan masa anda di sini :] | orang tengah melawat | Follow or Dashboard

Sabtu, 25 Mei 2013

Burger oh Burger



Teringat saya ketika membeli roti burger baru-baru ni, penjualnya cukup pandai menawarkan pakej apa yang diperlukan bersesuaian dengan bajet dan selera kita. Bermula dengan burger biasa, diteruskan dengan tawaran bagi memuaskan hati para pembelinya dengan menawarkan tambahan daging pada burger tersebut di adunkan pula dengan keju berserta balutan telur pada daging tersebut.

Sememangnya pembeli terpaksa mengeluarkan wang yang agak lebih sedikit untuk menambahkan lagi keenakan untuk menikmatinya. Inilah yang di katakan sebagai ‘up sell’ yang dilakukan oleh penjual burger tersebut. Sememangnya akan menambahkan lagi keuntungan kepada diri nya. Tapi pada hakikatnya penjual tersebut telah berjaya bukan setakat menghulurkan perkhidmatan membantu dan menolong pembeli tersebut agar dapat merasa kesedapan dan kenikmatan burger yang dibeli tetapi sebenarnya menawarkan tambahan nilai kepada bakal pembelinya. Inilah nilai yang tidak diketahui oleh bakal pembelinya melainkan kena dimaklumkan dahulu melainkan jualan berulang berlaku lagi.

Apa guna melakukan jualan kalau tiada nilai tambahan pada produk asal yang ditawarkan. Hanya bermula pada harga RM2 hingga RM3 mungkin boleh mencecahkan pula kepada RM5 ke RM7 pula. Semuanya dilakukan dengan cara menawarkan upsell yang sepatutnya kena pada tempat. Untuk lakukan up sell ini sebaik-baiknya lakukan

i.             Menawarkan di hadapan mereka dan lakukan dengan serta-merta nilai tambahan yang diperkatakan

ii.           Berikan secara maksimum ke atas kehendak pembelian mereka. Kena pada bajet mereka sudah tentu persetujuan yang diperoleh

iii.          Tidak perlu penerangan yang mendalam secara satu per satu akan tambahan yang diperlukan

iv.          Penerangan yang ringkas, jelas dan padat semuanya sudah cukup memadai

v.            Fikirkan apa yang boleh ditawarkan lagi kepada mereka membantu dan menolong kehendak sebenar keperluan mereka

Lakukan segera. Ambil kesempatan dengan segera dan bukannya menjual produk asas sahaja. Yang penting cepat buka mulut bertanya dan terus bertanya. Kadang-kadang bukan harga yang mereka cari tapi kualiti produk yang mereka mahukan. Teruskan usaha capai semaksimum yang termampu agar mereka tahu apa yang boleh mereka peroleh secara maksimum yang termampu. Dah di penghujung hari menjual barulah boleh fikir berapa banyak keuntungan dan perolehan maksimum yang bakal kita dapati.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan