Pasti hati merasa gundah gulana hanya disebabkan gagal
dalam penutupan jualan. Rasa kecewa, hampa dan sedih mula bermain dalam
perasaan betapa teruk dan tidak cekapnya kita dalam mendapatkan persetujuan
bakal pembeli atau pelanggan untuk menerima tawaran yang dikemukakan. Lebih
mudah merasa DOWN tak tentu hala mengawal diri kita yang sepatutnya bersemangat
dalam melakukan jualan. Seolah-olah gagal penutupan jualan merupakan satu impak
negatif yang besar dalam jiwa dan sanubari hidup kita selama ini.
Adakah ini yang kita cari selama kita melakukan jualan?
Hanya kerana gagal dalam penutupan jualan seolah-olah telah hilang punca
pendapatan kita? Adakah gagal sekali bermakna akan gagal selama-lamanya? Inilah
persoalan yang perlu kita hadapi dengan sebaik yang mungkin agar kekecewaan
yang ada tidak diselubungi lagi di masa hadapan. Apa yang perlu kita lakukan
adalah
i.
Jangan fikirkan yang negatif
Bertindak
bijak. Terima dahulu agar apa yang terjadi dan berlaku ada hikmah nya. Bukan
untuk di main-main atau bertindak sesuka hati. Pasti ada cara dan kaedah
terbaik untuk mendapatkan persetujuan mereka menerima tawaran yang ditawarkan.
Muhasabah semula lihat di mana kesilapan berlaku. Kenal pasti di mana kesilapan
tersebut berlaku adakah di sebelah kita atau di sebelah mereka. Pasti akan
temui jawapannya. Tindakan bijak adalah mengkaji semula di mana kesilapan dan
kesalahan tersebut berlaku agar pembetulan semula dapat diperbaiki semula.
ii.
Peluang masih terbuka
Jangan
sempitkan pemikiran yang ada. Sekali gagal bukan bermakna gagal segala-galanya.
Pasti ada jawapannya agar kita kembali bertindak di landasan yang betul dan
tepat. Jangan main cakap kosong sahaja tapi buktikan kerana peluang yang ada
masih terbuka luas. Masih ramai lagi yang berkehendakkan produk kita Cuma
mereka tidak ketahui di mana untuk mencari produk yang kita tawarkan. Yang
penting sasaran kita kepada prospek mestilah betul dan tepat.
iii.
Proses mematangkan
Lagi
banyak kita menjual lagi bertambah pengetahuan dan kematangan kita dalam
melakukan jualan. Bukan omongan kosong tapi kenyataan yang pasti. Lebih matang
kita melakukan jualan lebih senang untuk kita bertindak dengan sebaik yang
mungkin kerana kita telah mula memahami apa yang bakal pembeli atau pelanggan
mahukan dan perlukan di dalam pasaran. Jangan sama sekali berhenti di tengah
jalan kerana usaha tersebut akan menjadi sia-sia begitu sahaja.
iv.
Praktis dan terus praktis
Melakukan
jualan bukan seperti membaca buku yang penuh dengan teori sahaja. Ia nya adalah
satu kaedah untuk melakukannya terus-terusan tanpa henti. Praktis dan terus
praktis sehingga kita mahir terutama dalam memahami apa yang mereka mahukan.
Jangan harapkan teori sahaja tapi praktikalnya perlu ditempuh dengan sebaik
mungkin. Teori ada praktikalnya ada sudah pasti membuahkan satu keputusan yang
terbaik kepada kita.
v.
Terima dengan rasa tanggungjawab
Jangan
rasa bersalah tapi terimalah kegagalan dalam penutupan jualan sebagai satu
tanggungjawab besar yang perlu diambil perhatian. Kajilah semula di mana
silapnya agar di masa hadapan tidak berlaku lagi sewenang-wenangnya. Jangan
mudah mendabik dada sekali kita berjaya dalam penutupan jualan bermakna di masa
hadapan kita mudah juga peroleh penutupan jualan. Ambil sikap berhati-hati agar
tanggungjawab kita dalam melakukan jualan boleh dilakukan mengikut apa yang
telah kita mahukan dari awal lagi.
vi.
Jangan lupa berdoa
Usaha tanpa tawakal adalah
sia-sia manakala tawakal tanpa usaha adalah angan-angan. Kedua-duanya antara
tawakal dan usaha amat bergantung rapat antara satu sama yang lain. Serahkan
diri kita ke hadrat Allah dan pohon agar apa yang kita usahakan dipermudahkan
sentiasa. Hanya pada Allah tempat kita bergantung dan bukannya pada bakal pembeli
atau pelanggan yang kita temui. Mintalah pada Allah agar Allah sentiasa bukakan
hati dan perasaan bakal pembeli atau pelanggan mudah menerima kehadiran kita
dan seterusnya memudahkan tugasan kita bagi mereka menerima tawaran yang
dikemukakan.
Jangan
bersedih. Teruskan lagi usaha menjual dan berikan yang terbaik kepada mereka
dengan penawaran yang diperlukan. Bantu dan tolong mereka agar segala
permasalahan mereka dapat diselesaikan dengan sebaik yang mungkin. Tunjukkan
dengan berfakta dan bersungguh apa yang kita lakukan sememangnya untuk membantu
dan menolong mereka dan bukannya untuk kepentingan diri kita. Jujur dan berikan
keyakinan terhadap apa yang kita tawarkan. Hanya Allah tempat kita bergantung
agar Allah sentiasa membuka hati dan perasaan siapa juga bakal pembeli atau
pelanggan yang kita temui mudah menerima apa yang ditawarkan seterusnya penutupan
jualan boleh dilakukan dengan jayanya. Firman Allah bermaksud "Dan berfirman Tuhan Mu "Memohonlah (berdoalah) kepada Ku, Aku
pasti per kenan kan permohonan (doa) mu itu." (Surah Al-Mukmin ayat 60).
Tiada ulasan:
Catat Ulasan