Menjalani kehidupan mencari rezeki apa yang dipentingkan adalah memperoleh pendapatan atau perolehan yang diterima yang halal dan bersih. Tidak menipu, mengambil hak orang, malas dan melakukan secara bersungguh dengan empat kerat tulang badan kita pasti akan memberikan keberkatan dalam kehidupan sehari-harian. Begitulah hebatnya bila ada keberkatan. Walaupun pendapatan tidak seberapa semuanya dirasakan cukup tanpa perlu mengeluh dan merungut sama sekali. Bila ada banyak pelbagai agenda dan perancangan dilakukan memberi semula secara kebajikan kepada siapa pun jua yang memerlukannya.
Itulah tanda keberkatan yang dicari selama ini.
Tapi sedar atau tidak apa yang berlaku kepada kita selama ini sama ada
pendapatan atau perolehan yang didapati tanpa kita sedari sebenarnya tidak ada
keberkatan rupanya. Buat penat badan sahaja mencarinya tapi pada hakikatnya
Allah langsung tidak memberikan keberkatan pada pendapatan yang diperoleh.
Mungkin tanda-tanda pendapatan kita tidak menemui keberkatannya adalah
i.
Masuk banyak, keluar pun
banyak
Pendapatan cukup banyak diterima namun jelas terasa wang asyik tidak mencukupi
sahaja. Banyak yang disia-siakan perbelanjaan yang diperoleh. Konon-konon nak
menyimpan tapi malangnya tak tersimpan rupanya. Ingatkan duit habis banyak
untuk disedekahkan kepada orang yang memerlukan tapi sebenarnya di sedekah
sahaja di kedai-kedai tanpa kita sedari walaupun produk yang dibeli tersebut
bukannya keperluan sangat.
ii.
Buat jualan tapi tak
pernah selesai
Siang malam lakukan jualan bukan nak ligan pendapatan tapi nak kejar GLAMER
rupanya. Lakukan jualan sampai lupa nak bersolat. Kalau bersolat pun
dekat-dekat nak habis waktu dilakukan.
Mana nak datang keberkatan kalau macam ini. Kepentingan melakukan jualan
mengatasi kepentingan kita pada Allah pula. Sememangnya Allah akan jual mahal
pula kepada kita. Rancang punya rancang siap pengurusan masa dilakukan tapi
sibuknya entah ke mana.
iii.
Tak sedari di mana
manfaatnya
Punya nak dapatkan penutupan jualan, janji pendapatan dan komisen ada
MASYUK. Kita abaikan terus sepatutnya melakukan jualan perlu membantu dan
menolong orang ramai untuk selesaikan apa masalah yang mereka tanggung selama
ini. Segala manfaat baik pada diri sendiri dan mereka kita abaikan terus
menerus. Fikiran kita lebih tertumpu kepada wang ringgit sahaja. Kebaikan pada
pendapatan dan bukannya produk yang ditawarkan.
iv.
Masa terbuang begitu sahaja
Siapa pun bertanya pasti jawapannya sibuk memanjang. Hakikatnya bukan sibuk
lakukan jualan tapi sibuk bersembang di kedai kopi kononnya menjaga hati
pelanggan dan membina networking, menonton TV kononnya mencari dan mendapatkan
maklumat mutakhir padahal menonton drama Melayu atau leka bermain GAME pada
FACEBOOK. Tapi bila nak lakukan solat Dhuha atau membaca Quran 5 ke 6 minit
dirasakan tidak amanah pula kepada majikan pula. Sememangnya sia-sia sahaja di
rasakan jika perkara sebegini berlaku kepada kita.
v.
Banyak mengeluh dan
merungut
Balik-balik mengeluh timbulkan kekecewaan yang bukan-bukan seolah-olah kita
seorang sahaja yang paling rajin dan hebat dalam melakukan jualan. Ada masalah
sikit walaupun sebenarnya kecil sahaja terus diperbesar-besarkan. Mengeluh dan
memberi alasan itu pula tugasan utama dan bukannya melakukan jualan secara
bersungguh-sungguh sebagai tujuan utama. Sememangnya dah jadi hobi agaknya
untuk menjadi seorang yang suka mengeluh, merungut dan memberikan alasan
seberapa banyak yang termampu.
Semak semula apa yang telah kita lakukan. Tanyalah
pada diri sendiri apa kah yang kita lakukan selama ini betul atau tidak
mengikut apa yang Allah tetapkan atau mengikut hawa nafsu kita sahaja.
Muhasabah semula perbetulkan apa yang tak betul dan minta tolong jangan dan
jangan diulangi semula. Bermula dari sedikit untuk diperbetulkan agar sentiasa
konsisten dalam prestasi kita mencari keberkatan dalam kehidupan kita
sehari-hari.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan