Dalam melakukan sesuatu perkara, bukan setakat minat
sahaja perlu ada pada diri kita tetapi semangat untuk melakukan tugasan perlu
dilaksanakan sekali. Semangat yang jitu dan bersungguh sudah pasti akan
menghasilkan keputusan seperti mana yang dimahukan. Tidak boleh memberi
pelbagai alasan tetapi memberi pelbagai cubaan demi memastikan setiap apa yang
kita mahukan boleh dicapai. Tidak guna bercakap sahaja tapi usaha entah ke mana.
Tidak bersemangat akan menjadikan diri kita mudah dilambung ke kiri ke kanan
hanya disebabkan usaha yang tidak bersungguh. Kena ada semangat perlu
ditanamkan sedalam-dalamnya di dalam hati dan sanubari kita agar apa juga
halangan, rintangan, musibah dan masalah yang timbul boleh dihadapi dengan
tenang, sabar dan tabah setiap masa.
Lihatlah orang yang meminati fesyen dan penampilan diri.
Perlu ada minat yang mendalam tentang berfesyen dan mengikuti perkembangan
semasa akan apa yang berlaku dan terjadi di sekelilingnya. Kerana minat yang
mendalam tentang penampilan diri seseorang yang akan lebih bersemangat untuk
mendapatkannya apa yang dimahukan. Dari rekaan pakaian, sanggup menghabiskan
wang ringgit membeli majalah-majalah dan buku-buku, berkawan dengan orang yang
sama minatnya dan melayari Internet bagi mengetahui perkembangan semasa.
Semuanya dilakukan dengan penuh semangat. Sememangnya orang yang bersemangat
sudah pasti bermula dengan minat yang mendalam.
Lihat pula di masa kini. Baik lelaki mahupun perempuan
masing-masing berlumba-lumba pula untuk memahirkan diri dalam bidang masakan.
Kalau dahulu kita hanya mendengar orang perempuan sahaja yang cekap memasak
tapi kini sudah tidak ada lagi. Tidak kira apa jantinanya yang penting mahir
memasak dan kemukakan masakan yang sedap-sedap kepada penggemar makanan. Minat
sahaja tidak memadai andai kata semangatnya entah ke mana. Kerana itu
bersemangat dalam mencari resipi-resipi yang baru di majalah-majalah, buku-buku
masakan, laman-laman di Internet, bertanyakan kepada pakar masakan atau
memasuki kelas-kelas masakan yang diadakan sememangnya dilakukan. Walaupun
terpaksa mengeluarkan wang yang banyak demi minat pasti tidak mengapa. Hanya
kerana apa? Disebabkan minat terus bersemangat untuk melakukannya.
Ahli sukan profesional tidak terkecuali juga. Bermula dengan
minat berterusan dengan kehendak pasti mendatangkan semangat untuk mengetahui selok-beloknya
bagaimana untuk mencapai kejayaan yang sepatutnya. Tidak kira bidang sukan apa pun
yang diceburi semuanya perlu dilakukan dengan bersungguh-sungguh dengan disiplin
yang mesti ditetapkan dari segi latihan, pemakanan, perlawanan dan seterusnya
mengejar impian yang dimahukan. Tanpa semangat yang kental bagaimana untuk
ditempuh bagi merealisasikan impian yang telah tersemat.
Begitulah dalam melakukan jualan, kena ada minat dan
kehendak untuk melakukannya. Bila ada minat dan kehendak semangat yang membara
perlu ada dan diwujudkan agar terus-menerus tindakan selari dengan apa yang di rancang
kan dan direncanakan. Jangan melatah tapi usaha sehingga berjaya. Bila terdapat
sekali dua kegagalan habis punah harapan untuk melakukan jualan. Adakah ini
yang kita cari selama ini? Bangunlah dan bersemangatlah untuk kita lebih
berusaha demi mencapai kejayaan seperti mana yang dimahukan. Alang-alang
menyeluk pekasam biar sampai ke pangkal lengan. Teruskan minat yang ada jangan
di persiakan agar apa juga jualan yang kita lakukan sentiasa bersemangat hingga
akhir hayat kita.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan