Kebiasaannya
mereka yang menyertai MLM (Multi Level Marketing) atau produk barangan sudah
pasti akan mengadakan demonstrasi kebiasaannya di rumah-rumah penginapan atau persendirian
sesiapa sahaja yang berminat memberikan laluan kepada mereka menunjukkan produk
yang ditawarkan. Berlakunya sebegini adalah disebabkan bakal pembeli atau
pengguna sudah pasti ingin melihat dari dekat, menyentuh produk tersebut,
merasa bagaimana rasanya, mengetahui harumannya jika ada dan senang untuk
bertanya kepada penjualnya.
Bagi penjual
semuanya harus berjalan dengan lancar seperti mana yang diharapkan. Segala
persiapan awal perlu dilakukan dengan sebaik yang mungkin. Tiada kecelaruan dan
kelam kabut berlaku. Kena ada Pelan B atau C jika pelan asal yang dilakukan
terdapat masalah atau musibah. Perancangan yang teliti perlu ada bagi menjaga
nama baik produk yang ditawarkan, pengeluar produk tersebut, organisasi yang
diwakili dan maruah diri sendiri sebagai orang yang menawarkan produk.
Bagi memastikan
demonstrasi berjalan dengan baik dan lancar beberapa cara dan kaedah perlu
dilakukan supaya setiap kali melakukan demonstrasi mendapat sambutan daripada audiens
yang hadir supaya apa juga yang dilakukan tidak akan menanggung kerugian di
akhir program. Antara tindakan-tindakan yang perlu dilakukan adalah
i.
Ringkaskan dahulu
apa yang hendak di lakukan. Sebaik-baik tindakan wujudkan ‘check list’ apa yang
perlu dilakukan agar tiada apa yang tertinggal ataupun terlupa pada diri kita.
Manakala kepada yang hadir beritahu tujuan sebenar kenapa kita hadir di tempat
mereka.
ii.
Tunjukkan apa
yang hendak dilakukan agar kesangsian mereka tidak bersarang lama bersangka
buruk tidak menentu. Tonjolkan kepada mereka dengan memberikan idea-idea,
ciri-ciri dan kelebihan-kelebihan produk-produk yang ada
iii.
Ulangi semula
dengan olahan perkataan yang mudah di fahami dan diterima akal
iv.
Berhubung dengan
audiens baik semasa demo dilakukan atau selepasnya. Jangan biarkan mereka
berseorangan asyik mendengar sahaja
v.
Tindakan paling
baik sahkan kefahaman mereka. Jika masih tidak faham ulangi mana yang perlu
vi.
Penekanan harus
kepada ciri-ciri dan kelebihan sesuatu produk tersebut dan jangan sama sekali lari
dari apa yang sepatutnya
vii.
Pengakhiran demo
perlu dilakukan secara praktikal untuk mereka alaminya dengan menggunakan
segala deria bau, lihat, rasa, bau dan dengar. Berikan masa sebaik-baiknya
kepada mereka mengikut kesesuaian dan kehendak mereka.
Tawarkan dengan
sebaik yang mungkin. Ada promosi pergunakan dengan jayanya. Memikat dengan cara
sebegini memerlukan cabaran yang tinggi dan ketabahan yang tenang. Jangan mudah
merasa takut, gerun dan risau tapi hadapilah dengan sebaik yang mungkin.
Penekanan demo adalah pada kelebihan dan keuntungan apa yang bakal mereka
peroleh. Hulurkan bantuan dan pertolongan agar mereka tahu bahawa kehadiran
kita di premis mereka hanyalah semata-mata untuk selesaikan masalah mereka
melalui produk yang ditawarkan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan