Selamat datang semoga boleh dimanfaatkan bersama. Terima kasih atas luangan masa anda di sini :] | orang tengah melawat | Follow or Dashboard

Sabtu, 1 Jun 2013

MULAKAN DENGAN KEMAAFAN



Tak kira dengan siapa pun juga yang kita bertemu dan berjumpa terutama pada bakal pembeli atau pelanggan hendak melakukan penawaran apa salahnya kita bermula selepas memberi salam dengan memohon kemaafan. Tidak ada salahnya. Tujuannya adalah untuk mendapatkan tarikan permulaan betapa berhemah dan bersopannya kita apabila melakukan pertemuan terutamanya buat pertama kali. Inilah yang perlu kita praktik kan apabila bertemu dengan mereka.

Antara contohnya apa yang di maksudkan ini adalah seperti

“Salam Cik, mohon maaf, boleh saya tahu nama Cik?”

“Apa khabar Encik, mohon kemaafan andai kata kedatangan saya ini telah mengganggu masa Encik.”

“Maaflah Encik jika apa yang akan saya perkatakan ini Encik lebih banyak mengetahuinya dari saya”

“Ternyata Encik nampaknya terlalu sibuk, mohon maaf jika saya benar-benar mengganggu masa Encik”

“Saya Ahmad dari Syarikat ABCD, mohon maaf boleh saya terangkan serba sedikit tentang produk yang ingin saya tawarkan”

“Minta maaf, boleh saya bertemu dengan Encik Megat?”

Tidak salah kita merendah diri. Yang salahnya jika kita datang tanpa ada nya rasa hormat kepada mereka. Kalau beginilah kita lakukan sudah semestinya kita tidak akan dilayan. Bila tidak di layan macam mana agaknya untuk kita lakukan jualan. Kerana itu berhemah dan bersopan perlu ada kita terapkan dalam diri kita apabila melakukan jualan. Kita berhemah dan bersopan sudah tentu mereka juga akan berhemah dan bersopan tidak kita taraf kehidupan, pangkat dan jawatan. Semuanya boleh dilakukan tanpa memberikan dan mewujudkan sebarang kemarahan dan celaan dari orang lain.  

Tiada ulasan:

Catat Ulasan