Selamat datang semoga boleh dimanfaatkan bersama. Terima kasih atas luangan masa anda di sini :] | orang tengah melawat | Follow or Dashboard

Rabu, 19 Jun 2013

USIA BUKAN FAKTOR PENGHALANG



Sedang leka menikmati sarapan pagi tiba-tiba sahaja seorang yang agak berumur berbangsa Cina datang menghampiri kami dan terus menyapa

Penjual - ‘Encik, mahu beli kah ini set pen punya?’

Kami – ‘Pen apa ni?’

Penjual – ‘Pen Gel teknologi Jepun punya’

Kami – ‘Berapa harga?’

Penjual – ‘Cuma sepuluh ringgit sahaja. Ada 5 batang pen setiap set’

Kami – ‘tak apa, kami tak mahu lah’

Penjual- ‘Bolehlah ambil satu set, kalau tak mahu ada merah hitam boleh ambil semuanya yang warna hitam sahaja’

Kami – ‘Tak apalah kami sudah ada pun’

Penjual – ‘Cuma sepuluh ringgit saja, pergi kedai pun harga lagi mahal, kualiti elok harga murah’

Kami – ‘tak apa kami sudah ada pen’

Penjual – ‘Emmm… tak pa lah terima kasih ya’

Lantas penjual tersebut beredar dengan segera untuk pergi ke meja yang lain.


Begitulah lagak seorang penjual yang nampaknya tidak mudah luntur dengan semangatnya untuk menjual. Tidak kira siapa pun yang ditemuinya pasti pen tersebut ditawarkan. Dengan muka yang selamba membawa beberapa set pen dan buku tulis yang kosong untuk memastikan pen yang dibeli mempunyai dakwat untuk di cuba. Itulah usaha dalam melakukan jualan memastikan produk yang ditawarkan benar-benar berkualiti boleh digunakan sepadan dengan harga yang ditawarkan.

Apa yang menarik perhatian saya adalah bagaimana dia melakukan jualan. Walaupun agak berumur tapi keyakinan diri tetap terpancar untuk melakukan jualan. Mungkin kerana desakan hidup mencari rezeki bersesuaian dengan umurnya terus-terusan melakukan jualan apa yang termampu tanpa mengenal putus asa. Tidak kira dengan siapa pun dia bertemu dan bersua sudah pasti tawaran produk pennya menjadi agenda utama. Kais pagi makan pagi kais petang makan petang. Tidak perlu menyasarkan pelanggan yang ada, lokasi di mana dan mereka yang ditemuinya ada atau tidak keperluannya ataupun tidak masih terus berusaha dengan gigih menawarkan hanya produk pen sahaja yang ada.

Itulah kekentalan hati, semangat dan jiwa yang perlu ada pada kita. Melakukan jualan tidak mengira usia. Selagi termampu untuk melakukannya terus-terusan sahaja dilakukan dengan sebaik yang mungkin asalkan ada minat dan tidak malu untuk melakukannya. Kena ingat selalu, bukan semua orang boleh menerima dengan senang hati pada tawaran yang dikemukakan. Sentiasa tabah, tenang dan sabar dalam melakukannya. Gagal sekali bukan bermakna gagal segala-galanya. Teruskan sahaja usaha demi mencari sesuap nasi setiap hari.





Tiada ulasan:

Catat Ulasan