Selamat datang semoga boleh dimanfaatkan bersama. Terima kasih atas luangan masa anda di sini :] | orang tengah melawat | Follow or Dashboard

Sabtu, 8 Jun 2013

GALI SEDALAM-DALAMNYA



Bila berjaya mendapatkan temu janji bagi melakukan pertemuan, lakukan dengan sebaik mungkin. Jangan disia-siakan.  Berikan persembahan yang terbaik dengan kefahaman yang diingini oleh bakal pembeli atau pelanggan. Lakukan persiapan dengan sebaik yang mungkin sebelum presentasi dan penerangan boleh dilakukan. Tanpa perancangan yang dilakukan tentu sukar bagi kita nanti untuk melakukannya dan akan memberikan kekecewaan dan impak yang negatif kepada mereka nanti.

Bila dah berjaya mendapatkan pertemuan bukan bermakna penutupan jualan telah diperoleh. Belum lagi tu. Pertemuan yang didapati sebenarnya adalah satu peluang yang terbesar untuk kita memberikan presentasi dan penerangan kepada mereka untuk mereka lebih memahami dan mengetahui akan apa yang hendak kita tawarkan kepada mereka. Bila oportuniti di depan mata, galilah sedalam-dalamnya ambil kesempatan atas pertemuan yang dilakukan. Yakinkan mereka seperti mana kita yakin dengan apa yang telah kita berikan atas produk yang ditawarkan.

Penggalian yang dimaksudkan di sini adalah untuk mendapatkan sebanyak yang boleh menawarkan produk untuk diterima oleh mereka. Lagi dalam digali lagi banyak kita ketahui apa yang mereka cari-cari selama ini bagi menyelesaikan masalah yang ditanggung oleh mereka. Semuanya diselesaikan hanya dengan produk yang kita tawarkan. Sebaik-baik tawaran bukan setakat satu produk sahaja tetapi merangkumi tiga atau empat produk lain sekali gus. Inilah tindakan sebaik-baiknya kerana alang-alang menyeluk pekasam biar sampai ke pangkal lengan.

Bila presentasi boleh dilakukan sematkan dan pastikan diri kita boleh untuk memperoleh

i.             Seberapa banyak informasi dan maklumat yang kita perlukan bagi menyesuaikan permasalahan mereka menerusi produk yang ditawarkan. Lagi banyak kita ketahui lagi memudahkan tugasan kita. Kemukakan soalan-soalan yang cukup relevan dan jangan sama sekali soalan-soalan yang diutarakan nanti tidak relevan dengan apa yang mahukan oleh kita.

ii.           Tawarkan seberapa banyak yang boleh produk yang kita tawarkan melainkan produk yang kita tawarkan itu hanya ada satu sahaja. Kalau tidak berjaya pada kali ini sekurang-kurangnya kita boleh mengetahui di masa hadapan jualan berulang atau tawaran yang lain pula boleh kita berikan bergantung pada bajet mereka.

iii.          Jalinan persahabatan boleh dikekalkan sampai bila-bila kerana masing-masing telah mula kenal mengenali. Eratkan ukhuwah yang ada agar silaturahim yang tercipta berterusan sentiasa. Kerana itu penggalian yang berterusan kena ada untuk dilakukan kerana bukan sekadar kemahuan dan keinginan yang dimahukan tetapi sedikit sebanyak latar belakang mereka turut sama kita ketahui.

Tidak dinafikan mungkin akan terjadi bangkangan dan bantahan jualan tapi semuanya itu boleh diatasi asalkan pengetahuan produk kita terlalu kukuh dan mengetahui sama apa yang pesaing tawarkan. Latih diri kita agar sentiasa sabar, tenang dan cekal dengan apa yang kita lakukan. TERUSKAN perjuangan agar setiap masa yang kita gunakan tidak sama sekali dirasakan membazir begitu sahaja terlepas peluang mendapatkan penutupan jualan. Galilah sebaik mungkin agar apa yang kita mahukan cukup mudah untuk kita peroleh dan dapati.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan