Sejarah telah membuktikan pada kita tentang kehebatan kita dalam melakukan
jualan. Selain dari pelbagai ganjaran, perolehan, pujian dan penghargaan yang
diterima semuanya membuktikan betapa hebatnya diri kita telah melakukan jualan
dengan sebaik yang mungkin. Tidak dinafikan betapa manisnya tindakan kita
ketika itu. Itulah sumber perangsang dan dorongan untuk kita meneruskan lagi
pencapaian terbaik buat masa kini. Masalahnya kini walaupun sejarah telah
membuktikan kehebatan kita di masa lalu namun jika dibandingkan dengan
pencapaian terkini jauh bezanya pula hanya disebabkan prestasi semakin merudum
pula.
Kenapa tindakan yang terbaik di masa lepas langsung tiada kesinambungannya
di masa sekarang? Pasti ada sebab dan musababnya. Lain yang dijangka lain pula
jadinya. Sepatutnya menjadi pendorong dan penaik semangat tiba-tiba sahaja
merudum entah ke mana. Mungkin perkara-perkara berikut menjadi penyebabnya
antaranya adalah
i.
Masih terlalu leka dan alpa sehingga masih tidak mengerti
tentang perjuangan jualan perlu diteruskan lagi bukan menikmati lagi kejayaan
yang telah di peroleh.
ii.
Merasakan diri terlalu handal jika dibandingkan dengan pesaing
yang lain seolah-olah tiada siapa pun yang berani untuk mencabarnya.
iii.
Masih terpahat kejayaan yang lepas seolah-olah di masa
kini tiada apa yang perlu dirisaukan tindakannya.
iv.
Rasa semakin mudah untuk melakukan jualan tapi pada
hakikatnya tidak sebegitu.
v.
Dah tahu prestasi semakin jatuh tapi kerana syok sendiri terus
membiarkan sahaja ia nya berlaku dengan sewenang-wenangnya
vi.
Perasaan bongkak dan takbur menguasai diri seolah-olah sampai
bila-bila pun boleh melakukan jualan dengan hebat sama sekali.
Berhati-hatilah. Sejarah bukan untuk dirasakan diri kita sentiasa hebat tapi
sejarah boleh menjadi satu dorongan dan penaik semangat untuk kita lakukan tindakan
dengan lebih hebat dan berterusan sentiasa. Bukan menjadikan karier jualan ini untuk
menjadikan seorang yang mudah lupa diri dan takbur tapi sebenarnya mendidik seseorang
untuk sentiasa menghulurkan bantuan dan pertolongan menyelesaikan masalah orang
lain dengan menawarkan produk yang bersesuaian kepada mereka. Itulah sepatutnya
yang perlu dilakukan. Untung di dunia untung di akhirat.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan