Selamat datang semoga boleh dimanfaatkan bersama. Terima kasih atas luangan masa anda di sini :] | orang tengah melawat | Follow or Dashboard

Khamis, 6 Jun 2013

SIMBOLIKNYA DALAM ISRAK MIKRAJ



Firman Allah maksudnya “ Maha Suci Allah Yang telah menjalankan hamba Nya (Muhammad) pada malam hari dari Masjid Al-Haram (di Mekah) ke Masjid Al-Aqsa (di Palestin), Yang Kami berkati sekelilingnya, untuk memperlihatkan kepadanya tanda-tanda (kekuasaan dan kebesaran) kami. Sesungguhnya Allah jualah Yang Maha Mendengar, lagi Maha mengetahui ” (Surah Al-Isra’ ayat pertama)

Apa yang berlaku semasa Israk Mikraj perlu kita jadikan sebagai satu iktibar dan pengajaran buat kita dalam mengharungi kehidupan kita sehari-hari. Banyak pengajarannya boleh kita kutip dan selami akan apa  yang terjadi yang boleh kita pergunakan dalam kehidupan sehari-harian di samping tugasan dalam jualan. Yang baik jadikan teladan yang buruk jadikan sempadan agar kita benar-benar menjadi insan yang berguna terhadap Allah SWT.

Ingatlah peristiwa Israk Mikraj yang berlaku dari rumah Rasulullah di Mekah terus di Kaabah dan seterusnya di bawa ke Masjidil Aqsa. Tiga tempat di mana tempat pertama rumah Rasulullah, kedua di Kaabah dan seterusnya di Masjidil Aqsa. Begitu simbolik Allah tunjukkan kepada kita pada tiga tempat yang di nyatakan ini. Dari rumah Rasulullah penceritaan terus ke Masjidil Aqsa. Di rumah Rasulullah inilah bermulanya kehidupan Rasulullah bersama keluarganya sebagai tempat perlindungan, berehat dan meluangkan masa bersama keluarga.

Di kawasan Kaabah pula adalah tempat Rasulullah melakukan amal ibadah hanya kepada Allah bermunajat dan mengingati Allah tempat paling afdal beramal ibadat sebagai rumah Allah walaupun pada ketika itu terdapat beribu patung-patung persembahan orang-orang Jahiliah. Manakala Masjidil Aqsa pula di gambarkan sebagai satu tempat perdagangan dan pertemuan pelbagai kabilah perniagaan berkumpul menawarkan pelbagai barangan untuk berjual beli di samping menjadi tempat peribadatan bagi kaum Nasrani dan Yahudi di tempat berkenaan.

Inilah simboliknya yang Allah telah pertunjukan kepada kita dalam kehidupan kita sehari-harian. Bermula dari rumah kita sendiri, sebelum melakukan sebarang pekerjaan dan tugasan dalam sehari-harian perlulah kita menyerahkan diri kita terlebih dahulu di rumah Allah bukan sebagai setakat tanda kita mentaati seruan Allah kepada kita tetapi tanda syukur kita terhadap Allah yang telah mengizinkan diri kita hidup sehari lagi bagi menjalani kehidupan di dunia ini dengan penuh kerahmatan dan berakah nya kepada kita. Berserah diri dan memohon kepada Allah memohon agar apa juga yang kita lakukan sentiasa diberkati dan dipermudahkan apa juga keadaan sekalipun. Firman Allah bermaksud“Dan Tuhan kamu berfirman: Berdoalah kamu kepada Ku nescaya Aku perkenan kan doa permohonan kamu”. (Surah Ghafir, 60).

Selepas itu keluarlah kita mencari rezeki mencari apa kita mahukan dan impikan dengan keredaan hati mengharapkan agar apa yang kita lakukan mengikut apa yang Allah mahukan. Berzikir dan mengingati Allah sentiasa. Jujur dan amanah dalam segala perbuatan kita melakukan jualan. Berilah tumpuan bukan setakat karier kita tetapi kepada Allah dan Rasul yang kita cintai turut sama kita ingati. Bukan kah segala-galanya Rasulullah telah tunjukkan kepada kita?


Tiada ulasan:

Catat Ulasan