Selamat datang semoga boleh dimanfaatkan bersama. Terima kasih atas luangan masa anda di sini :] | orang tengah melawat | Follow or Dashboard

Isnin, 17 Jun 2013

Selamat Hari Bapa



Menjelma sekali lagi Hari Bapa. Selamat menyambut kehadiran Hari Bapa di ucapkan. Mungkin bagi seseorang yang menjadi bapa terlalu banyak tanggungan dan tanggungjawab yang perlu dilakukan. Sedar atau tidak menjadi bapa perlu kepada

i.             Penyelesaian bil-bil yang ada untuk dijelaskan

ii.           Memastikan anak-anak di bawah tanggungan mendapat semua keperluan yang diperlukan oleh mereka tidak mengenal usia

iii.          Adanya masa untuk mereka kita layan sebagai tanda kemesraan, ambil berat dan mengetahui apa yang berlaku kepada mereka

iv.          Sebagai seorang ketua keluarga masa dan keperluan hidup mesti diberi keutamaan penting dalam kehidupan

Kesemuanya perlu dilakukan dengan penuh kesabaran, ketenangan dan ketabahan. Keharmonian dalam keluarga perlu dilakukan dengan sebaik mungkin. Tiada kerisauan akan terjadi selagi punca rezeki dan hubungan kekeluargaan dijaga dengan sebaik yang mungkin. Inilah tugasan dan tanggungjawab yang perlu diberikan dengan sebaik yang mungkin.

Tidak kira apa yang berlaku dan terjadi, melakukan jualan perlu ada bagaikan seorang bapa atau ayah. Fikirkan tentang tanggungjawab  dan tugasan yang dilakukan. Kena ada kesungguhan dan kerajinan untuk memberikan keputusan yang terbaik dalam melakukan jualan. Kerana itu memahami tanggungjawab pada diri sendiri amat penting kerana ia nya adalah satu amanah. Amanah kepada diri sendiri, organisasi ataupun pada keluarga. Bila dah ada tanggungjawab sudah pasti akan memberi satu kesedaran dan kemahuan dalam diri kita sendiri untuk melakukannya dengan bersungguh-sungguh dan konsisten.

Lakukan dengan sebaik yang termampu kerana dalam jualan sudah pasti pelbagai halangan,cabaran dan musibah perlu ditempuh. Jangan hangat-hangat tahi ayam tapi lakukan dengan sebaik yang termampu. Dalam masa yang sama pelajarilah dan dalami lagi ilmu pengetahuan yang ada agar pengetahuan dan pengalaman semakin bertambah dan bercambah. Tiada istilah malu atau segan dalam melakukan jualan tapi teruskan sahaja usaha demi memenuhi segala impian kita selama ini tercapai dan termakbul juga akhirnya.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan