Selamat datang semoga boleh dimanfaatkan bersama. Terima kasih atas luangan masa anda di sini :] | orang tengah melawat | Follow or Dashboard

Khamis, 13 Jun 2013

AGRESIF MELAKUKANNYA



Inginkan keputusan akhir naik secara mendadak dan menepati segala sasaran yang diberikan amat diperlukan sama sekali. Inilah satu pembuktian tugasan jualan agar apa yang dilakukan sudah pasti berjaya juga diperoleh. Bukan secara paksaan tapi dengan kerelaan hati sanggup untuk melakukannya mencapai apa yang telah di matlamat kan sebelum ini. Mungkin pelaksanaan amat memenatkan tapi demi karier dan perolehan pendapatan perlu dilakukan juga dengan sebaik yang termampu.

Bagi mencapai dan memperoleh sasaran yang disasarkan tindakan secara agresif pula dilakukan dengan sebaik yang mungkin. Agresif bukan bermakna mengambil hak orang lain menjadi hak mutlak diri kita tetapi agresif yang di maksudkan ini adalah semata-mata bagi memenuhi agar sasaran yang telah ditetapkan berjaya dicapai. Jangan mudah mendabik dada kita telah melakukannya yang terbaik tetapi sentiasa ingat dalam jualan langit bukannya selalu cerah hingga ke petang.

Kerana itu kita perlukan agresif dalam melakukan jualan. Agresif yang dinyatakan ini adalah

i.             Bagaimana untuk kita memperoleh pertemuan dengan prospek yang kita mahukan. Tidak kira apa teknik dan perancangan yang dilakukan tetapi yang penting bagaimana agresifnya kita menghidu peluang yang ada untuk diperoleh.

ii.           Kalau setakat pencapaian suam-suam kuku sahaja bermakna sudah sampai masa dan ketikanya untuk kita bergerak dengan lebih agresif lagi agar siapa pun akan ketahui bukan satu perkara yang boleh dipermainkan oleh siapa pun juga. Kalau orang lain boleh berjaya kenapa kita tidak. Pasti ada sesuatu yang tidak kena dengan prestasi kita yang memerlukan muhasabah semula bagi tujuan pembetulan semula.

iii.          Biar putih tulang jangan putih mata. Agresif melakukannya dengan sebaik yang mungkin memegang teguh pendirian yang ada. Jangan mudah tewas dan kalah di tengah jalan tapi bergerak terus memahat prestasi di singgahsana yang terbaik.

iv.          Jangan sampai ketinggalan ke belakang tapi memacu diri sendiri meredah segala rintangan, halangan dan masalah dihadapi dengan sebaik yang mungkin.

v.            Tiada istilah memberi alasan atau menyalahkan sesiapa. Yang penting terus agresif memberikan pencapaian yang terbaik melakukan jualan.

Jangan pandang belakang tapi teruskan usaha dengan sebaik yang termampu mengejar dan mengejar apa yang kita mahukan dan inginkan dalam melakukan jualan. Alang-alang menyeluk pekasam biar sampai ke pangkal lengan. Itulah yang sepatutnya. Teruskan sahaja secara konsisten melakukan jualan dengan apa yang telah kira rancang kan dengan sebaik yang mungkin. Tiada perkara yang mustahil dalam jualan yang mustahilnya adalah apabila kita mahu melakukan jualan tapi langsung tiada apa pun tindakan yang mahu kita lakukan. Tanamkan semangat dan motivasi diri agar apa juga yang kita lakukan dalam jualan sentiasa agresif tanpa mengenal penat dan lelah melakukannya.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan