Selamat datang semoga boleh dimanfaatkan bersama. Terima kasih atas luangan masa anda di sini :] | orang tengah melawat | Follow or Dashboard

Ahad, 9 Jun 2013

PUAS ATAU TIDAK ?



Di mana terletak kepuasan dalam menjual? Ada kawan menceritakan bahawa bila mendapat pendapatan yang tinggi dan komisen yang banyak itulah kepuasan yang dicarinya. Boleh membeli dan mendapatkan apa juga barangan yang diidamkan selama ini, itulah yang dicarinya selama ini. Ada juga yang memberitahu bahawa kepuasan melakukan jualan adalah apabila dapat melangsaikan segala hutang piutangnya setiap bulan dengan sedikit lebihan itu sudah cukup memadai. 

Sememangnya tidak boleh dinafikan dalam melakukan jualan. Faktor kewangan dan kedudukan wang ringgit sememangnya memainkan peranan yang penting buat seseorang jurujual. Bukan setakat menampung kehidupan sehari-harian tetapi juga akan dapat menikmati apa juga barangan yang diidamkan cukup mudah untuk diperoleh. Sia-sia sahaja jika melakukan jualan perkara sebegini tidak dapat dilaksanakan.

Sebenarnya dalam melakukan jualan soal mendapatkan kepuasan betul-betul terletak semasa penutupan jualan yang dilakukan. Pasti perasaan menjadi lega dan gembira walaupun tidak ditunjukkan kerana apa yang ditawarkan kepada bakal pembeli atau pelanggan akhirnya diterima dengan hati yang terbuka oleh mereka. Inilah tindakan paling menyeronokkan walaupun mungkin terdapat sepuluh kali dalam sehari kita berjaya mendapatkan penutupan jualan. Memang puas dirasakan. Berbaloi dengan apa yang telah kita lakukan selama ini. Fikirkan bagaimana kalau kegagalan pula yang diperoleh. Sudah pasti rasa hampa, kecewa dan membuang masa pasti akan diterima. Mulalah fikir apa salah kita, macam mana dengan sasaran yang diberi masih tidak dicapai, kenapalah pelanggan tersebut tak mahu terima tawaran kita dan pelbagai lagi tafsiran akan kita berikan lagi dan lagi. Berjalan mula longlai mengenangkan nasib malang pula yang menimpa.

Ambil tindakan bijak bermula dengan sasaran bakal pembeli atau pelanggan yang ditemui agar pada penghujungnya penutupan jualan boleh diperoleh dengan mudah dan senang. Bila kita puas dalam mendapatkan penutupan jualan sekurang-kurangnya sudah pasti menjadi perangsang dan penaik semangat untuk melakukan jualan lagi dan lagi tanpa mengira waktu, tempat dan ketikanya. Itulah kepuasan yang dicari. Jangan dinafikan tapi berusaha terus menerus bagaimana untuk menikmatinya berulang kali secara konsisten setiap masa. Bila dah dapat penutupan jualan sudah pasti mainan angka perolehan pendapatan akan bermain pula dalam pemikiran kita.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan