Selamat datang semoga boleh dimanfaatkan bersama. Terima kasih atas luangan masa anda di sini :] | orang tengah melawat | Follow or Dashboard

Ahad, 16 Jun 2013

TANDA-TANDA MINAT MENJUAL



Bila sebut tentang menjual pasti majoritinya mengatakan minat dan boleh melakukannya. Penafian tidak akan wujud kerana ego masing-masing mula terbina di dalamnya. Seolah-olah siapa pun juga boleh melakukannya seperti mana yang dimahukan. Begitulah apa yang berlaku di masa kini. Tapi secara realitinya tidak begitu. Hanya mereka-mereka yang benar-benar berminat sahaja yang pasti dan boleh untuk melakukannya.

Tanda-tanda orang yang berminat untuk melakukan jualan adalah

i.             Tidak putus-putus mencari dan menimba ilmu
Ilmu perlu dicari bukannya datang dengan sendirinya. Semakin banyak kita menjual bermakna semakin banyak ilmu perlu di cari. Tak kiralah secara berguru, membaca buku atau artikel, menghadiri kursus atau seminar, bertanya kepada seseorang yang berpengalaman dan sebagainya semuanya perlu diusahakan dengan kemahuan sendiri tanpa perlu ada paksaan pula untuk mendapatkannya. Bila dah pandai jangan sama sekali merasakan ilmu yang dah ada sentiasa mencukupi. Jadilah seperti resam padi semakin berisi semakin tunduk jadinya.

ii.           Berkawan dan bersahabat dengan orang yang melakukan bidang yang sama
Berdamping sentiasa dengan orang yang sama aliran bidangnya dengan apa yang kita ceburi. Demi ilmu dan pengalaman mereka untuk dipelajari ego kita jangan sama sekali perlu dilayan sama. Buang sikap malu dan tinggi diri agar kita sentiasa bersemangat untuk melakukan jualan seperti mana yang telah mereka berikan kepada kita.

iii.          Sanggup ditegur untuk diperbaiki
Untuk berjaya dan mencapai kejayaan kena sanggup membiarkan kita di tegur dan diberitahu. Kesanggupan beginilah apa bila dimaklumkan akan mudah diperbaiki dan dilakukan tidak berulang lagi di masa hadapan. Terima dengan hati yang terbuka kerana kita manusia sudah pasti tidak akan lari dengan sebarang kesalahan dan kesilapan. Perbaiki segera muhasabah diri agar selepas ini apa yang kita lakukan semakin sempurna hendaknya.

iv.          Tidak mengira masa dan ketika melakukannya
Pengorbanan perlu ada. Tanpa mengira waktu dan ketikanya baik siang, petang ataupun malam kalau ada peluang melakukan jualan perlu dilakukan tanpa mengira tempat dan ketika. Peluang yang datang bukan mengira semua itu asalkan kita sanggup melakukannya sudah dikira memadai. Bila ada peluang jangan ditangguhkan lagi. Setiap pengorbanan yang dilakukan sudah pasti akan dibayar dengan apa yang telah kita korbankan selama ini.

v.            Bersikap positif
Tiada unsur-unsur mudah kecewa,putus asa dan merana. Kena bersikap positif dan buangkan segala yang negatif agar semangat dan motivasi diri boleh terbina sama melakukan tugasan jualan. Nak berjaya kena positif kan diri dan jangan sama sekali terjebak dengan bersahabat dengan mereka yang sentiasa bersikap dan berpandangan negatif. Sentiasa mahukan perubahan agar apa yang kita lakukan seiring dengan matlamat kita yang mahu dan inginkan kejayaan melakukan jualan.

Di mana ada kemahuan di situ ada jalannya. Memang benar apa yang diperkatakan oleh pepatah lama ini. Tiada jalan mustahil jika kita benar-benar mahu melakukannya. Jadikan satu realiti dan bukannya satu fantasi. Berikan yang terbaik tunjukkan yang kita benar-benar mahu melakukannya. Tiada jalan pintas untuk berjaya melainkan melakukannya secara bersungguh-sungguh hadapi segala kesulitan, kesukaran, kepayahan, permasalahan dan musibah yang mungkin muncul dan timbul. Hadapilah dengan sebaik mungkin agar kejayaan menyusul juga pada akhirnya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan