Berkesempatan melawat Chiang Mai kehidupan malamnya amat
meriah di sini dengan kehadiran ratusan gerai pasar malamnya. Pasar malam
Chiang Mai juga dikenali juga sebagai Bazar Malam atau Kad Luang terletak di
tengah-tengah bandar Chiang Mai tersusun di setiap tepi bangunan-bangunan rumah
kedai yang berada di situ. Bermula dari jam 5 petang dan tamat sehingga jam 12
tengah malam. Mendapat sambutan terutamanya dari pelancong-pelancong yang
berada di sana bagi tujuan mendapatkan produk harga patut yang diingini. Tidak
terlalu mahal dan mampu dimiliki asalkan wang untuk membelinya mencukupi.
Pelbagai barangan boleh diperoleh seperti produk pakaian,
kasut, kain, cenderamata untuk di bawa pulang, kasut mahupun makanan. Jangan
risau kerana makanan halal juga banyak terdapat di sini cuma kena pandai
memilih gerai atau kedai yang sepatutnya. Walaupun keadaan seperti berada di
Petaling Street Kuala Lumpur namun yang membezakannya hanyalah dari segi
pertuturan bahasa. Terlalu banyak barangan yang dijual di tepi jalan ini
sehingga rasa penat tidak terkata.
Cuma satu yang perlu di per ingatkan di sini bahawa ingin
membeli di tempat ini kita perlu tawar menawar sebaik yang mungkin. Penjual
sudah semestinya akan cuba mendapatkan setinggi yang termampu keuntungan yang
boleh diperoleh manakala si pembeli sudah pasti mendapatkan harga yang terendah
di pasaran. Di sinilah keunikan tawar menawar berlaku yang kebiasaannya
kalkulator akan menjadi penterjemah antara penjual dan pembeli. Kebiasaannya bila dah berkenan dengan
satu-satu barangan sudah pasti kita akan bertanya ’How Much?’. Pasti penjual
akan memberikan harga tinggi beliau dan kita akan mengatakan ‘Too much’.
Kebiasaannya mereka akan menawarkan 20% lebih rendah. Bermulalah proses tawar
menawar berlaku di mana penurunan diminta pula sebanyak 50%. Penjual di sini
kebiasaannya tidak akan marah tapi sekadar tersenyum sahaja mungkin sudah
kebiasaan dengan situasi sebegini. Yang penting kita sebagai pembeli juga
jangan sama sekali berkeras dengan harga yang kita mahukan. Naikkan sedikit
dengan harapan mereka akan menurun lagi serba sedikit sehingga mencapai harga
yang kedua-duanya mempersetujuinya.
Apa yang saya pelajari dari penjual pasar malam di Chiang Mai ini adalah
i.
Siapa juga yang datang ke tempatnya sudah pasti perkataan
‘Sawadikap’ sebagai pemula bicara. Sebaik-baiknya kita walaupun sebagai seorang
pelancong membalas ucapannya dengan ‘Sawadikap’ juga.
ii.
Muka yang bersahaja tetapi bersemangat memberikan
penerangan walaupun mereka menyedari perkataan dalam bahasa English mereka
tidak seberapa. Yang penting merasa yakin dan tenang memberikan penerangan ke
atas segala kelebihan pada produk yang di minati oleh pembeli.
iii.
Tetap yakin memberikan harga awal, harga tawar menawar
dan harga di persetujui. Tidak berkasar bahasa dan perbuatan asalkan akhirnya
kedua-dua belah pihak bersetuju untuk mendapatkan satu harga.
iv.
Sanggup membantu gerai atau kedai yang lain ketika orang
yang menjaganya tidak berada di tempat tersebut. Bekerjasama sesama penjual
boleh kita peroleh di sini tanpa ada sebarang buruk sangka atau berhasad dengki
di sini.
v.
Mulut penjual di sini langsung tidak menunjukkan
rungutan, mengata, memaki hamun, bertegang leher atau bermasam muka. Semuanya
dihadapi dengan sebaik yang mungkin dengan kesabaran, ketabahan dan ketenangan.
Asalkan laku dan mendapat sambutan itu sudah di kira memadai.
vi.
Selesai sahaja tawaran diterima wang di peroleh sudah
tentu perkataan ‘Kop Khun Krap’ didengari yang bermakna terima kasih dalam
bahasa Thai. Satu budaya yang telah diterapkan di sini menghargai siapa pun
juga yang berurusan dengan mereka.
Banyak yang dipelajari tentang bagaimana mereka orang-orang Thai melakukan
jualan di tempat mereka. Di samping kita yang inginkan harga yang rendah tapi
atas kebijaksanaan mereka mungkin mereka mampu memperoleh keuntungan se maksimum
dari pelancong yang hadir. Siapa bijak sudah pasti akan memperoleh apa yang dihajatkan.
Tidak salah untuk mencuba asalkan kita berpuas hati dengan harga yang ditawarkan
itu sudah di kira amat baik sama sekali.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan