Selamat datang semoga boleh dimanfaatkan bersama. Terima kasih atas luangan masa anda di sini :] | orang tengah melawat | Follow or Dashboard

Jumaat, 14 Jun 2013

SOALAN BIAR BETUL



Bakal pembeli atau pelanggan pasti teruja kalau betul tindakan dari kita. Apa yang dimaksudkan dengan tindakan ini adalah bagaimana kita mampu dan boleh mengemukakan soalan-soalan yang boleh menarik minatnya tanpa mereka merasa begitu ragu-ragu dan penuh dengan syak wasangka untuk menjawabnya. Kemahiran menjual pasti tidak lengkap jika kita gagal mengemukakan soalan-soalan yang boleh menarik minatnya untuk mengetahui lebih lanjut akan produk yang kita tawarkan.

Tiada sebarang tekanan patut kita utarakan kepadanya. Cukuplah mereka hanya menjawabnya secara spontan dan bersahaja saja. Itu sudah di kira cukup baik. Tarik minat mereka dengan soalan-soalan yang membawa kepada persahabatan ,mengambil berat ke atas mereka dan jauh sekali dari merasa tekanan ke atas mereka. Mungkin soalan-soalan berikut boleh dikemukakan kepada mereka iaitu seperti

        ‘Boleh saya membantu?’

        ‘Boleh saya ketahui apa yang mendorong anda hadir ke sini?’

        ‘Produk yang bagaimana yang Encik perlukan selama ini?’

        ‘Boleh saya ketahui berapa bajet saudara?’

‘boleh saya tahu kedudukan kewangan Encik agar mudah bagi saya menerangkan pelan yang sewajarnya mengikut kemampuan Encik?’

‘ada apa-apa halangan lagi untuk mendapatkan persetujuan Encik?’

‘Apa yang Encik jangkakan selepas memperoleh produk kami?’

‘Masih ada lagi yang kurang Encik fahami yang memerlukan penerangan lebih lanjut?’

Kemukakanlah soalan-soalan yang tidak mudah menguris hati dan perasaan seseorang apabila kita kemukakan soalan-soalan yang sepatutnya. Maruah seseorang perlu dijaga. Budi pekerti dan adab dalam perbicaraan sesama manusia perlu dipelihara dengan sebaik yang mungkin. Intonasi dalam mengeluarkan soalan-soalan yang diberikan perlu dilakukan secara berhemah dan bersopan. Tarik minat mereka untuk mendengar apa yang kita perkatakan agar keyakinan mereka semakin mendalam untuk memberikan respons yang kita mahukan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan