Selamat datang semoga boleh dimanfaatkan bersama. Terima kasih atas luangan masa anda di sini :] | orang tengah melawat | Follow or Dashboard

Jumaat, 7 Jun 2013

MENABUR BUDI MENAMBAHKAN KEPERCAYAAN



Ketika berada semasa Minggu Saham Amanah Malaysia yang ke 14 berlangsung di Dewan Wawasan, Kangar, Perlis pada 20hb hingga 27hb April 2013 betul-betul meriah, berinformasi dan mendapat sambutan yang begitu hebat. Dengan kehadiran seramai lebih kurang 250,000 orang pengunjung benar-benar memberi satu impak yang besar bukan setakat kepada penganjur utama iaitu Permodalan Nasional Berhad tetapi juga kepada organisasi-organisasi lain yang menyertainya.

Tak tahu nak kata apa pada Permodalan Nasional Berhad, entah berapa banyak peruntukkan wang yang dikeluarkan. Pelbagai cenderamata dan cenderahati telah dibekalkan dari sekaki payung, sebotol minyak masak, beg serba guna, pen dan sebagainya sehinggalah barangan-barangan hadiah cabutan bertuah atau pemenang peraduan disediakan demi mengambil hati dan perhatian kepada pengunjung. Ini belum di lihat lagi pemberian makanan kepada penuntut-penuntut sekolah yang datang secara berkumpulan. Semuanya disediakan secara percuma tanpa mengira seseorang itu pemegang akaun di PNB ataupun tidak.

Memang hebat apa yang telah ditunjukkan oleh pihak PNB kepada orang ramai tidak mengira umur, kedudukan dan taraf kehidupan. Semuanya dilaburkan demi menarik minat dan mempertahankan pelabur yang sedia ada. Memang hebat apa yang telah dilakukan oleh pihak PNB. Bersesuaian dengan konsep sedekah dalam Islam. Sedekah mengundang rahmat Allah dan menjadi sebab Allah membuka pintu rezeki. Nabi s.a.w. bersabda kepada Zubair bin al-Awwam “Hai Zubair, ketahuilah bahawa kunci rezeki hamba itu ditentang Arasy, yang dikirim oleh Allah kepada setiap hamba sekadar nafkahnya. Maka siapa yang membanyakkan pemberian kepada orang lain, nescaya Allah membanyakkan baginya. Dan siapa yang menyedikitkan, nescaya Allah menyedikitkan baginya. (Hadis Riwayat ad-Daruquthni dari Anas r.a.).

Beginilah sepatutnya apa yang perlu kita terapkan dalam hati kita. Makin besar kita berjaya memperoleh keuntungan yang diingini dan dimahukan semakin banyak juga kita memberikan sedekah dan kebajikan kepada orang lain. Pintu rezeki semakin bertambah dan mudah lagi untuk diperoleh. Allah berfirman maksudnya “Perumpamaan (nafkah yang dikeluarkan oleh) orang-orang yang menafkahkan hartanya di jalan Allah adalah serupa dengan sebutir benih yang menumbuhkan tujuh butir, pada tiap-tiap butir seratus biji. Allah melipatgandakan (ganjaran) bagi siapa yang Dia kehendaki . Dan Allah Maha Luas (kurnia Nya) lagi Maha Mengetahui . (Surah Al Baqarah (2) : 261). Ringan tangan sentiasa menghulurkan sedekah, bantuan, hadiah dan sebagainya. Jangan sama sekali ada sikap terlalu berkira, takut rugi dan kedekut. Inilah janji Allah, yakinilah dengan apa yang telah Allah tetapkan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan