Selamat datang semoga boleh dimanfaatkan bersama. Terima kasih atas luangan masa anda di sini :] | orang tengah melawat | Follow or Dashboard

Sabtu, 29 Jun 2013

BUAH LAICI DI CHIANG MAI


Satu lagi tarikan di Chiang Mai. Deretan gerai tapi menjual produk yang sama iaitu buah laici. Seperti menikmati buah rambutan Cuma kulitnya berwarna merah dengan isinya cukup lekang dari bijinya. Berair dan cukup manis dirasakan.


Deretan gerai yang menjual buah laici. Tiada buah lain melainkan laici sahaja. Sememangnya musimnya telah tiba. Pelbagai harga ditawarkan mengikut gred yang diberikan. Dari gred satu  A kepada lima AAAAA. Rupanya pelbagai gred jenis laici dipamerkan. Kebiasaannya dalam tin buah-buahan boleh diperoleh tapi di sini buah segar laici boleh di nikmati dengan enaknya sama sekali.



Bagi pelancong yang ingin membawa balik ke negara asal perkhidmatan memasukkan ke dalam kotak turut disediakan. Demi memastikan jualan boleh dilakukan tidak mengapa asalkan perkhidmatan pembungkusan yang rapi boleh disediakan sama sekali. Sememangnya mereka amat cekap untuk mengambil kesempatan asalkan jualan boleh dilakukan.


Siapa yang hadir dan datang ke situ dibenarkan merasa buah laici seberapa banyak yang termampu secara percuma. Tiada tegahan tapi ikut suka untuk mengambilnya. Rasalah sepuas-puasnya asalkan boleh dinikmati. Cuma masa membelinya kena berhati-hati kerana ada pekedai yang mengambil kesempatan mencampurkan gred rendah bersama dengan gred yang ingin kita beli.




Yang tidak menggembirakan si penjual cepat sungguh menukarkan tanda harga bila ada pelancong yang tiba terutama dengan coaster ataupun bas pelancongan. Semuanya bagi memastikan tiada tawar-menawar boleh berlaku dan mendapatkan keuntungan setinggi yang termampu. Inilah hakikat si penjual buah di Chiang Mai yang memilih bulu siapa pembelinya. Minta-minta perkara sebegini tidak berlaku juga di negara kita.

 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan