Sebelum penutupan
jualan boleh diperoleh, segala bantuan dan pertolongan kita amat diperlukan
bagi turut sama memenuhi apa yang bakal pembeli atau pelanggan cari-carikan
selama ini. Jangan mudah merasakan produk kita adalah terbaik dan paling mudah
untuk diterima dalam pasaran. Terlalu OVER CONFIDENT sangat tak baik dalam
melakukan jualan. Mereka akan melihat kita tiada kesungguhan untuk menghulurkan
bantuan dan pertolongan pula kepada mereka. Eloklah kita lebih berhemah dan
bersopan dalam menghulurkan bantuan sewajarnya. Berikan keyakinan kepada mereka
agar kesungguhan kita melakukan jualan terbukti sememangnya kita ingin membantu
dan menolong mereka sebaik yang termampu.
Berikan kemampuan
sebenar kita dalam menghulurkan bantuan dan pertolongan yang sepatutnya kepada mereka
agar mereka tahu apa yang kita tawarkan dan jualkan bukanlah semata-mata mencari
keuntungan dari mereka sahaja. Mesti ada jalannya bagaimana hati mereka lebih mudah
untuk ditawan dan diambil untuk menerima apa yang ditawarkan oleh kita. Antara
tindakan kita dalam memberikan bantuan dan pertolongan yang dimaksudkan ini
adalah
I.
Ambil catatan
atau nota mendengar dengan teliti apa yang bakal pembeli atau pelanggan
perkatakan agar kita fahami dan tahu akan apa yang dimahukan. Sebaik-baik
selepas melakukan catatan lakukan rumusan agar apa yang kita catatkan mengikut
apa yang mereka mahukan.
II.
Galakkan mereka dengan
hati yang terbuka tanpa menyimpan sebarang maklumat memaklumkan kepada kita
secara mendalam dan lebih pada apa yang mereka mahukan selama ini. Tunjukkan
yang kita amat prihatin pada permasalahan yang mereka tanggung selama ini. Lagi
banyak mereka memaklumkannya lebih banyak kita fahami dan ketahui akan apa
masalah yang mereka tanggung selama ini.
III.
Beri beberapa
alternatif kepada mereka dalam menyelesaikan permasalahan mereka agar mereka
bebas memilih solusi terbaik buat mereka bagaimana paling sesuai untuk mereka
menerimanya.
IV.
Beri mereka
kebebasan untuk mereka berfikir mencari solusi akan apa yang telah kita cadang dan
utarakan. Mungkin dengan cara begini kita akan mengetahui juga akan apa pesaing
kita telah tawarkan kepada mereka melalui pendedahan yang mereka maklumkan kepada
kita.
V.
Kesan segera apa
juga masalah yang boleh diperoleh agar mereka merasakan kehadiran kita bukan
untuk mengganggu mereka tetapi bantuan dan pertolongan dari kehadiran kita amat
diperlukan. Sekurang-kurangnya masa mereka bersama mereka tidak dibazirkan begitu
sahaja.
VI.
Setelah merasa
yakin dan tahu apa yang mereka mahukan berikan solusi yang terbaik bagaimana
produk yang kita tawarkan benar-benar boleh membantu mereka untuk selesaikan
permasalahan mereka. Itu pun setelah beberapa alternatif diberikan untuk mereka
fikirkan.
VII.
Bantu mereka
berikan keputusan dengan penekanan kepada segala kebaikan dan kelebihan yang
ada menerusi produk yang ditawarkan agar pemilihan yang tepat dapat dilakukan
oleh mereka. Kadang-kadang produk yang banyak boleh mengaburkan pandangan
mereka untuk memilih termasuk produk pesaing. Inilah peranan kita untuk
meyakinkan lagi pilihan mereka.
Jangan mudah
berputus asa dan kecewa. Teruskan tindakan yang sepatutnya membuktikan yang
kita benar-benar ikhlas untuk membantu mereka menawarkan produk yang boleh
selesaikan permasalahan mereka. Sentiasa tenang dan sabar dalam menghadapi kerenah
dan tabiat bakal pembeli atau pelanggan. Selagi kita benar-benar berusaha untuk
mendapatkannya selagi itu kita akan berpeluang untuk mendapatkan penutupan
jualan seperti mana yang kita harap-harapkan. Firman Allah bermaksud ‘Tolong-menolonglah kamu
dalam perkara kebaikan dan ketakwaan, dan jangan sekali-kali kamu memberi
pertolongan di atas perkara kejahatan dosa yang membawa kepada perseteruan, dan
takut oleh mu akan Allah. Sesungguhnya Allah akan mengenakan seksaan yang amat dahsyat’.
(Surah Al-Maidah Ayat 2).
Tiada ulasan:
Catat Ulasan