Selamat datang semoga boleh dimanfaatkan bersama. Terima kasih atas luangan masa anda di sini :] | orang tengah melawat | Follow or Dashboard

Jumaat, 28 Jun 2013

Maetang Elephant Park Chiang Mai



Penternakan gajah di utara Thailand sangat popular di serata dunia. Mengambil kesempatan berada di Chiang Mai sudah semestinya Taman Pemeliharaan Gajah sememangnya pasti tidak dilepaskan peluang begitu sahaja. Melawat Maetang Elephant Park bagaimanapun merupakan satu pengalaman manis yang sudah pasti tidak dapat dilupakan sama sekali.



Apa yang menarik perhatian adalah bagaimana mereka merancang dan merangka pemasaran yang terbaik melakukan promosi yang berterusan menjaja nama dan menjaga Taman Gajah tersebut dengan pelbagai aktiviti yang menarik perhatian orang ramai terutama pelancong yang mengunjungi. Antara aktiviti-aktiviti yang disediakan oleh mereka adalah

i.             Pertunjukan memandikan gajah

ii.           Pertunjukan gajah seperti bermain bola, menyanyi dan melukis

iii.          Menaiki kereta lembu

iv.          Menunggang gajah menyelusur hutan dan sungai 

v.            Menaiki rakit

Dengan pelbagai aktiviti yang disediakan terdapat juga kemudahan-kemudahan asas bagi kegunaan pelawat atau pelancong yang hadir seperti

i.             Restoran masakan tempatan termasuk makanan halal

ii.           Musala

iii.          Pelbagai gerai-gerai jualan disediakan seperti barangan cenderamata, lukisan oleh gajah, gerai makan dan minuman

iv.          Tapak melihat pertunjukan

Semuanya disediakan bagi memastikan pelawat atau pelancong cukup berpuas hati dengan segala apa yang disediakan di situ. Apa yang menarik adalah bagaimana mereka cukup menjaga gajah-gajah di situ bagi menyelamatkan gajah-gajah yang ada sama ada terbiar ataupun tidak untuk mereka membelanya di situ. Yang pastinya kesemua wang keuntungan diperoleh adalah bagi tujuan menjaga dan memelihara kehidupan gajah-gajah tersebut yang berada di taman tersebut.

Inilah jualan yang mereka lakukan bagi memastikan taman yang didirikan mendapat sambutan bagi menampung segala kos yang dilakukan. Tanpa ada nilai-nilai komersial sudah pasti taman tersebut tidak akan mendapat sambutan terutamanya dari pelancong-pelancong yang hadir. Antara tindakan-tindakan mereka bagi memastikan jualan tetap laris dan mendapat sambutan adalah

i.             Memastikan gajah-gajah yang ada adalah sentiasa sihat tanpa ada sebarang jangkitan penyakit berlaku dan terjadi. Pengasingan gajah-gajah yang sakit akan diberi keutamaan di tempat yang berbeza

ii.           Suasana damai mengekalkan panorama semula jadi hutan di tempat yang disediakan tanpa adanya sebarang pencemaran alam

iii.          Kebersihan taman amat diutamakan sama sekali

iv.          Caj yang dikenakan adalah berpatutan. Seperti memberi makan kepada gajah hanya bernilai 20 bath sama ada tebu ataupun pisang, 500 bath untuk menunggang gajah atau makanan yang disediakan di restoran dengan harga pakej kepada pengunjung yang hadir.

v.            Gerai-gerai yang disediakan disusun dengan cantik dan berjaya menarik perhatian pengunjung. Bukan setakat bersih tapi gaya susunan bagi mencari apa juga produk yang diingini cukup mudah untuk diperoleh.

vi.          Kemudahan memberi makan kepada gajah terutama ketika memasuki hutan menunggang gajah di letakkan di tempat-tempat utama bagi memudahkan urusan pembelian makanan kepada gajah-gajah tersebut.

vii.        Kemesraan kakitangan taman tidak dinafikan yang begitu bersopan dan berhemah walaupun wujud masalah komunikasi di sini.

viii.       Jalinan yang intim dan baik kepada semua agensi pelancongan baik di pihak kerajaan mahupun swasta bagi membawa pelancong-pelancong ke tempat mereka. 

Itulah kehebatan taman pemeliharaan gajah yang disediakan. Boleh dikomersialkan gajah yang sedia ada untuk mengaut keuntungan perniagaan. Cukup kreatif dirasakan walaupun pengunjung yang hadir tiada langsung orang tempatan yang datang walaupun hari cuti. Penting menjaga syarikat-syarikat pelancongan yang membawa pelancong-pelancong melawat di samping nama taman yang turut dikenali di serata dunia.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan