Mana satu yang perlu dilakukan sama ada berfikir dahulu sebelum bertindak
atau bertindak dahulu baru difikirkan kemudian. Sememangnya kerana terlalu
ghairah atau mengejar masa akan menyebabkan tindakan kita akan terburu-buru
tanpa memikirkan dahulu apa yang sepatutnya berlaku dan terjadi pada
kemudiannya. Dikhuatiri nanti silap gaya dan ketikanya akan menyebabkan kita
menyesal tidak sudah-sudah memikirkan hanya kesilapan kecil penutupan jualan
yang diharapkan langsung tidak berjaya untuk diperoleh.
Apa yang boleh diperkatakan lagi. Inilah bahananya kalau tindakan mengatasi
fikiran terlebih dahulu. Sepatutnya apa juga tindakan yang dilakukan fikirkan dengan
lebih awal lagi agar tiada kesilapan mahupun kesalahan yang boleh kita pamerkan
dan tunjukkan kepada bakal pembeli atau pelanggan. Inilah tindakan sewajarnya.
Walaupun begitu kadang-kadang ada juga jurujual yang kita lihat atau memandang
mereka seolah-olah tindakan mereka langsung tiada apa yang mereka fikirkan
melainkan tindakan demi tindakan melakukan jualan.
Kenapa boleh berlaku sebegitu? Mungkin ada sebabnya. Antaranya adalah
disebabkan
i.
Seseorang itu mempunyai pengalaman yang luas. Sudah
menjadi kebiasaan baginya melakukannya seolah-olah terdapat skrip di
hadapannya. Baginya apa yang dilakukannya adalah tugasan harian bercakap dan
menerangkan perkara yang sama sahaja.
ii.
Latihan demi latihan dilakukan sehingga mencapai
kesempurnaan. Apa yang dianggap salah dan silap akan diperbetulkan segera agar
tidak berlaku lagi dengan sewenang-wenangnya terutama di hadapan bakal pembeli
atau pelanggan
iii.
Telah menjadi satu tabiat yang diamalkan sehingga menjadi
sebati. Seolah-olah mengetahui setiap langkah dan aturan apabila bercakap dan
menyuarakan presentasi. Tiada langsung nampak kerisauannya tapi tenang dan
bersahaja apabila bertutur.
iv.
Ketahui pengetahuan produk dengan mendalam termasuk
kelebihan dan ciri-cirinya yang pasti akan membantu seseorang memberikan
penerangan dengan sebaik yang mungkin tanpa ada perasaan ragu-ragu dan waswas.
v.
Yakin dengan apa
yang dilakukan. Keyakinan yang tinggi akan memberikan satu kelebihan buat
dirinya apabila melakukan jualan. Tidak perlu memaksa diri mengeluarkan kata-kata
tetapi sentiasa tenang dan sabar dengan siapa pun juga yang ditemui.
Itulah kelebihan pada seseorang yang melakukan jualan menyampaikan, mengatakan,
mempersembahkan dan memberikan apa yang dimahukan oleh orang lain terutama di
hadapan bakal pembeli atau pelanggan seolah-olah tindakan menjualnya tidak memerlukan
pemikirannya terlebih dahulu. Sudah menjadi kebiasaannya melakukan dengan siapa
pun juga yang bertemu dan memulakan perbicaraannya. Tiada apa yang perlu dirisaukan
dan dikhuatiri asalkan ada keyakinan semuanya itu sudah cukup memadai bagi kita.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan