Selamat datang semoga boleh dimanfaatkan bersama. Terima kasih atas luangan masa anda di sini :] | orang tengah melawat | Follow or Dashboard

Selasa, 4 Jun 2013

MENGHUBUNGI SECARA TALIAN TELEFON




Mendapatkan temu janji melalui panggilan telefon adalah salah satu alternatif kita melakukan jualan untuk mendapatkan pertemuan dan perjumpaan dengan bakal pembeli atau pelanggan yang kita sasarkan. Bukan  namanya membuang masa tapi lakukan bila dilakukan dengan sebaik yang mungkin segala-galanya akan terbalas dengan apa yang telah kita usahakan. Melakukan jualan bukan umpama seperti melontar buah dadu mengharapkan nasib nombor berapa yang akan muncul tetapi kena ada usahanya untuk mencapai apa yang kita mahukan.

Usaha-usaha yang diperlukan ketika kita mahu menghubungi mereka secara efektif dan mendapatkan kejayaan ketika menghubungi mereka bagi mendapatkan temu janji adalah dengan memastikan caranya seperti berikut

i.             Ketahui sebab sebenar kenapa perlu kita menghubungi sasaran baka pembeli atau pelanggan. Selagi kita tidak dapat ketahui dan memahami kenapa perlunya kita melakukan perkara ini selagi itulah kita tidak fokus akan apa yang kita lakukan.

ii.           Hentikan soalan bodoh bertanyakan boleh atau tidak untuk melakukannya. Selagi teragak-agak tiada keyakinan bertanyakan boleh ataupun tidak selagi itulah mendapatkan temu janji dari mereka pasti menemui kegagalan

iii.          Apa yang kita lakukan kena ada perancangan. Lakukan perancangan yang sebaik-baiknya agar apabila melakukan panggilan telefon kita memberikan hasil yang terbaik kepada bakal pembeli atau pelanggan yang dihubungi. Jangan pandang rendah setiap apa yang kita lakukan tapi kena ada kesungguhan untuk melakukannya.

iv.          Lakukan dengan persiapan sewajarnya. Persiapan dari senarai sasaran, buku catatan menghubungi prospek sehinggalah ada skrip yang terbaik ketika menghubungi mereka.

v.            Yakin dengan apa yang kita lakukan. Gagal lima enam kali bukan bermaksud kita akan gagal setiap kali. Kena teruskan usaha agar pengalaman dalam menghubungi bakal pembeli atau pelanggan semakin matang dan tahu cara yang sebaik mungkin dalam mendapatkan temu janji.

vi.          Ketahui masa yang diambil untuk menghubungi sasaran prospek kita. Fikirkan masa senang mereka dan jangan difikirkan masa senang kita. Sebaik-baik masa menghubungi mereka bukan terlalu di awal pagi atau lewat petang. Melalui pengalaman sudah pasti kita akan ketahui masa terbaik dalam menghubungi bakal pelanggan atau pelanggan sasaran kita sebenarnya.

vii.        Bila menghubungi mereka berikan tenaga kita dalam mode yang baik dan ceria. Mereka akan lebih menyedari tentang apa yang kita perkatakan sama ada nada suara kita dalam keadaan tertekan ataupun tidak. Tenang sentiasa kembalikan keceriaan dalam memberikan hubungan baik semasa menghubungi mereka.

viii.       Banyakkan berdoa pada Allah akan segala urusan kerja kita dipermudahkan. Mulakan dengan Bismillah agar kerahmatan Allah sentiasa bersama dengan kita apabila melakukan tugasan yang dimahukan.

Yakin dengan apa yang kita mahu lakukan. Banyak cara untuk mendapatkan penutupan jualan dan salah satunya adalah melalui temu janji bertemu dengan bakal pembeli atau pelanggan. Lakukan sebaik mungkin cari jalan mudah bagaimana untuk memikat mereka mendapatkan temu janji. Mungkin kaedah yang diberikan dapat membantu kita merancang dan melakukan yang terbaik bagi memastikan matlamat utama kita menelefon mereka adalah temu janji dan bukannya jualan dilakukan dalam talian telefon.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan