Selamat datang semoga boleh dimanfaatkan bersama. Terima kasih atas luangan masa anda di sini :] | orang tengah melawat | Follow or Dashboard

Isnin, 3 Jun 2013

MAKIN DI TANYA MAKIN TAK FAHAM



Amat memalukan jika keadaan sebegini berlaku dan terjadi kepada kita.

Mengetahui apa yang dimahukan dan diperlukan oleh bakal pembeli atau pelanggan amat memerlukan kita banyak bertanya dan terus bertanya. Apabila ada peluang bertanya, jangan di tangguh lagi buka laluan teruskan pertanyaan yang sepatutnya kerana inilah peluang yang ada untuk mengetahui dengan lebih mendalam dan tahu apa yang mereka cari-carikan selama ini demi menyelesaikan masalah yang mereka tanggung selama ini. Bukan nak cari glamor atau kaki menyibuk tapi inilah cara terbaik bagi pencarian bagi yang mereka perlukan dan mahukan.

Walaupun begitu ada masalahnya akan timbul. Adalah dikhuatiri nanti apabila terlalu banyak bertanya ingatkan boleh ketahui semakin banyak apa masalah mereka tapi sebenarnya makin banyak bertanya masih tak faham-faham lagi tentang apa masalah mereka. Ini yang susah ni. Patutnya banyak bertanya makin banyak di ketahui tapi sebenarnya lain pula jadinya. Apa pula yang difikirkan oleh mereka si bakal pembeli atau pelanggan. Keyakinan yang diberikan pada awalnya semakin pudar dan membosankan pula kepada mereka. Macam mana nak menjual kalau begini?

Oleh itu berhati-hati apabila mengemukakan soalan-soalan yang diperlukan. Lakukan yang terbaik agar apa yang kita berikan memuaskan hati bakal pembeli atau pelanggan yang ditemui. Jangan main syok sendiri anggap apa yang kita lakukan adalah yang terbaik untuk karier kita tanpa memikirkan susah payah mereka pula. Sepatutnya kena ketahui apa yang mereka mahukan bukannya apa yang kita mahukan. Ambil berat sepatutnya terhadap soalan-soalan yang kita kemukakan kepada mereka. Jangan anggap mudah tapi bersungguh dalam melakukan tugasan. Kita menyenangkan mereka sudah pasti mereka akan menyenangkan kita juga. Lakukanlah dengan sebaik mungkin agar apa juga soalan yang dikemukakan sememangnya kita mudah faham dan mengerti akan apa yang mereka mahukan selama ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan