Selamat datang semoga boleh dimanfaatkan bersama. Terima kasih atas luangan masa anda di sini :] | orang tengah melawat | Follow or Dashboard

Ahad, 12 Mei 2013

Cukupkah Sekadar Mengharap



Semua orang nak melakukan jualan dengan cara mudah dan senang. Sehingga ramai yang terfikir lebih kurang usaha lebih baik asalkan pendapatan semakin bertambah dan meningkat dari masa ke semasa. Bila usaha tugasan melakukan jualan semakin berkurangan bermakna bermulalah episod dalam diri kita mengharap agar bakal pembeli atau pelanggan melangkah kaki menemui diri tanpa perlu dicari-cari. Inilah yang merencatkan tugasan kita melakukan jualan kerana terlalu mengharap kehadiran bakal pembeli atau pelanggan. Adakah ini yang perlu kita lakukan dan fikirkannya?

Inilah satu tabiat yang mungkin mendatangkan bahaya pada diri kita sendiri. Terlalu mengharap akan melahirkan satu persepsi pemikiran yang lebih menjurus kepada berangan-angan atau berimaginasi sesuatu yang indah dan menyenangkan. Seolah-olah tidak perlu mencari dan datang menemui kita begitu sahaja. Cuma bahayanya dalam kita mengharapkan sesuatu, perkara sebenar dalam kehidupan tidak semestinya berlaku seperti mana yang dijangkakan. Cukup memedihkan apabila adanya tabiat mengharap ini wujud dalam diri kita tatkala tidak berlaku seperti mana yang diharapkan sudah tentu akan mendatangkan kekecewaan kesedihan yang amat sangat.

Senario pertama, tatkala kita membuka tapak pameran atau kaunter, mudah sangat mengharapkan bakal pembeli atau pelanggan akan hadir menanyakan apa yang kita jual dan tawarkan kepada mereka. Janji duduk saja menanti kehadiran mereka. Tidak perlu lakukan apa-apa asalkan nampak kelibat kita sahaja sudah memadai. Rupa-rupanya panas hari berterusan sehingga ke petang. Sehingga kita menutup kaunter malangnya tiada siapa pun yang mahu hadir dan datang menemui kita. Habis dirasakan membuang masa dan ketika di waktu itu. Alangkah ruginya duduk sahaja. Mulalah muncul perasaan geram, sedih dan kecewa yang amat sangat hanya kerana mengharap sahaja kehadiran mereka untuk menemui kita.

Senario kedua, merasakan jenama produk atau nama pengeluar produk terlalu kuat penerimaan di pasaran, sesiapapun juga yang kita hubungi menerusi talian telefon pasti menerimanya dengan hati yang terbuka. Begitulah kuatnya kita mengharapkan penerimaan mereka tanpa memikirkan segala cabaran,dugaan dan masalah yang bakal terjadi dan berlaku. Tapi yang berlaku di sebaliknya tiadalah sama dengan apa yang diharapkan. Harapkan panas sampai ke petang rupa-rupanya hujan di tengahari. Harapkan jenama produk atau nama pengeluar yang begitu popular penerimaannya di pasaran, apa bila kita yang menjualnya langsung tiada seorang pun yang hendak menerimanya. Habis dirasakan DOWN yang amat sangat kenapa berlaku sebegini tidak seperti mana yang diharapkan.

Kenapa timbul tabiat dan perasaan mengharap dalam diri? Ini adalah kerana orang yang menjual cukup suka dihargai, dihormati dan diberi penghargaan yang amat sangat. Bila ada dan wujudnya perasaan sebegini akan bermulalah unsur-unsur mengharapkan sesuatu lebih menyerlah dalam pemikiran kita. Bila terlalu mengharap untuk berlaku maka kita akan semakin malas dan mengharapkan nasib sahaja yang akan berlaku tanpa sebarang usaha dan pergantungan kepada Allah. Adakah ini yang kita cari-carikan selama ini?

Firman Allah bermaksud Maka apabila engkau telah selesai dari suatu urusan maka kerjakanlah urusan yang lain dengan bersungguh-sungguh dan hanya pada Allah (tuhan Mu) hendaklah engkau mengharap (Surah Insyirah Ayat 7-8). Telah Allah maklumkan bahawa untuk mengharap, berharaplah hanya kepada Allah dan bukannya kepada manusia. Berharap kepada Allah akan lebih banyak membantu diri kita memudahkan dan menyenangkan tugasan kita dalam memberikan sesuatu yang terbaik pula kepada kita. Berharaplah kepada Allah dan bukan pada yang lain. Tugas kita adalah untuk bersungguh-sungguh melakukannya jualan seperti mana kita harapkan keputusan terbaik boleh kita peroleh.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan