Selamat datang semoga boleh dimanfaatkan bersama. Terima kasih atas luangan masa anda di sini :] | orang tengah melawat | Follow or Dashboard

Jumaat, 3 Mei 2013

AMARAN TIDAK MAHU



Sememangnya dalam melakukan jualan terutama di peringkat penutupan jualan terdapat tanda-tanda amaran yang bakal pembeli atau pelanggan tidak mahu dengan apa yang kita tawarkan. Sedar atau tidak kita perlu peka dengan apa yang ditunjukkan oleh mereka. Jangan main anggap mudah apa sahaja yang kita tawarkan menjadi penerimaan baik kepada mereka. Baik kita ambil langkah awal yang mereka tidak mahu menerimanya dari kita merasa kecewa pada penghujungnya.

Antara tanda-tanda yang perlu kita ketahui amaran yang telah diberikan oleh bakal pembeli atau pelanggan yang ditemui adalah

i.             Bakal pembeli atau pelanggan menyatakan dengan ungkapan seperti ‘nanti saya fikirkan dahulu’ atau ‘biar dahululah’

ii.           Mereka menyatakan cukup dan pastikan di lain kali jangan bertemu lagi dengannya

iii.          Apa yang ditawarkan pelbagai permintaan pula yang diminta dan dipohon oleh mereka dan ada kalanya sehingga tidak masuk akal dibuatnya seperti memohon harga yang murah, diskaun yang berlebihan dan meminta hadiah yang bukan-bukan.

iv.          Makin penjelasan diberikan meminta komitmen dari mereka makin sukar pula untuk mendapatkannya

v.            Setelah penerangan diberikan sikap acuh tak acuh pula dilakukan oleh mereka terhadap kita

vi.          Riak muka dan bahasa badan mereka seolah-olah menunjukkan mereka merasa boring dan tidak berminat sama sekali

vii.        Sibuk menelefon sehingga dirasakan kita tidak diperlukan lagi

Sentiasa bersikap tenang dan sabar. Bukan semua orang suka akan apa yang kita lakukan dan tawarkan kepada mereka. Mungkin belum rezeki kita lagi untuk mendapatkannya. Yang penting jangan ada sikap berputus asa dan mudah kecewa. Bila bakal pembeli atau pelanggan sudah tidak mahu lagi dengan apa yang kita tawarkan baiklah beransur keluar dengan sikap bersopan dan merendah diri tidak sama sekali menyalahkan mereka pula. Rezeki ada di mana-mana yang penting teruskan usaha pasti pada akhirnya akan bertemu juga akan apa yang kita mahukan.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan