Apa sebenarnya
yang dicari apabila melakukan jualan? Selain mendapatkan kepuasan
setidak-tidaknya telah memenuhi minat yang tertanam selama ini. Tanpa minat yang
mendalam sudah tentu sukar untuk melakukannya. Bukan boleh di permain-mainkan
minat yang ada. Berbeza kalau perkara yang tidak kita minati paksa macam mana
pun sudah tentu tidak ke mana hasilnya. Sudah tentu sampai bila pun kepuasan
akan sukar untuk diperoleh.
Kerana itu minat
untuk melakukannya kena ada. Tak perlu dipaksa-paksa untuk minat tu datang dan
hadir dalam diri tapi jadikan penyebab sebegini untuk merangsang kenapa perlu
adanya minat dan kepuasan untuk melakukan jualan iaitu kerana
i.
Memperoleh
pendapatan tanpa adanya sebarang had dan larangan tidak kira melalui komisen,
ganjaran dan sebagainya
ii.
Kesenangan hidup
mengubah status mencari kemewahan seperti mana yang telah berjaya melakukannya
iii.
Meningkatkan
karier dan jawatan ke tahap yang tertinggi di dalam satu-satu organisasi
iv.
Membantu dan
menolong seramai yang termampu dalam menyelesaikan masalah yang mereka tanggung
selama ini.
v.
Mengajar
keyakinan diri dan hidup berdikari walaupun pelbagai rintangan, musibah dan
masalah yang menimpa
vi.
Ganjaran Allah mencari
keberkatan baik di dunia mahupun di akhirat nanti
Inilah rangsangan
sumber motivasi diri terbaik untuk di ingati selalu agar apa yang dilakukan
dapat menarik minat untuk melakukan jualan. Bila dah ada minat sudah tentu akan
memberikan kesungguhan untuk melakukannya demi mengejar impian dan harapan.
Jangan mudah berputus asa dan kecewa apa juga yang berlaku dan terjadi. Tetap
berjuang walaupun apa pun terjadi. Demi kepuasan dan minat tempuhi sahaja
kerana ganjaran pasti diperoleh baik di dunia mahupun di akhirat kelak.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan