Selamat datang semoga boleh dimanfaatkan bersama. Terima kasih atas luangan masa anda di sini :] | orang tengah melawat | Follow or Dashboard

Rabu, 15 Mei 2013

NILAI DAN MANFAAT




Baru-baru ini sewaktu menonton Astro OASIS dalam rancangan Reset Minda bersama Prof Dr Muhaya, Prof Dr Muhaya mengatakan bahawa untuk menjadi seorang usahawan yang berjaya, usahawan tersebut jangan memikirkan sangat tentang keuntungan tapi kena beri dahulu tentang nilai dan manfaatnya terlebih dahulu. Kalau kita dapat berikan nilai dan manfaat ini sudah tentu keuntungan secara automatiknya akan datang dengan sendirinya.

Bersetuju dengan apa yang diperkatakan oleh Prof Dr Muhaya. Memberikan nilai dan manfaat produk kepada bakal pembeli atau pelanggan bermakna kita hulurkan bantuan dan pertolongan kepada mereka dahulu untuk  menyelesaikan permasalahan mereka terlebih dahulu melalui produk yang ditawarkan. Apa yang dimaksudkan dengan nilai adalah bagaimana produk yang ditawarkan mempunyai perkara-perkara tambahan kepada mereka selain daripada manfaat yang ditawarkan kepada mereka. Semuanya kena di maklumkan semua kehebatan produk yang ditawarkan.
Tiada gunanya kalau produk yang kita tawarkan tiada mempunyai apa-apa nilai tambahan dan manfaat kepada mereka. Jika perkara ini diberikan tawaran sudah tentu produk tidak laku dan pesaing dengan mudah akan segera mengambil kesempatan atas kelemahan produk kita sendiri. Nama yang gah di pasaran belum menjamin kehebatan produk tapi produk yang gah walaupun badai menimpa tetap akan mempunyai sambutan yang baik di pasaran. Semuanya bergantung kepada nilai dan manfaat yang ditawarkan. Sabda Rasulullah "Barang siapa yang menjadikan mudah urusan orang lain, pasti Allah akan memudahkan urusannya di dunia dan di akhirat. Allah sentiasa menolong hamba Nya selama hamba Nya itu suka menolong saudaranya yang lain." (Hadis Riwayat Muslim).
Tidak kira siapa bakal pembeli atau pelanggan sudah pasti mahukan keuntungan yang banyak ke atas apa juga penawaran yang mereka terima dari produk kita. Kerana itu kena ada nilai tambahan diberikan. Sebagai contoh kita menjual produk kecantikan kepada mereka. Memandangkan persaingan yang tinggi apa yang boleh kita maklumkan kepada mereka sebagai nilai tambahannya adalah dari segi jaminan pembelian kalau tidak bersesuaian dengan mereka boleh dipulangkan semula tanpa banyak soal dan wang dikembalikan, setiap pembelian akan di hadiah sebotol lagi produk kecantikan atau percuma menjadi ahli dengan menikmati diskaun 20% bagi pembelian ulangan. Perkara-perkara sebegini boleh menarik minat seseorang untuk membeli di samping memaklumkan pula apa manfaat yang bakal diperoleh seperti buatan tempatan menggunakan bahan asli suci dan bersih, dalam masa 3 hari kesan yang dingini akan diperoleh atau penggunaannya amat mudah jika dibandingkan dengan produk yang lain.

Kerana itu kita amat digalakkan untuk mengetahui secara mendalam pengetahuan produk-produk yang ditawarkan. Bila kita ketahui apa juga produk yang ditawarkan dengan lebih mendalam maka jika berlakunya bangkangan jualan dan penerangan lebih lanjut diperlukan maka setiap persoalan tersebut dengan senang dan mudah boleh diatasi dengan sebaik yang mungkin. Tiada ada panik atau terkejut tapi memberikan penerangan dengan sebaik yang mungkin. Itulah usahawan yang menjual dengan mendahulukan nilai dan manfaat kepada siapa juga yang memerlukannya. Bila dah terjual barulah boleh fikirkan tentang keuntungan pula.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan