Selamat datang semoga boleh dimanfaatkan bersama. Terima kasih atas luangan masa anda di sini :] | orang tengah melawat | Follow or Dashboard

Isnin, 13 Mei 2013

MENDAPATKAN PENUTUPAN JUALAN



Jangan rasa gusar, susah hati dan mudah kecewa hanya kerana buat permulaan ataupun kesukaran dalam mendapatkan penutupan jualan berakhir dengan kegagalan. Apa juga masalah sudah pasti ada jalan keluarnya untuk dicapai dengan sempurna mengikut apa yang kita idamkan. Jangan memendam rasa dan rasa sukar yang amat sangat apabila gagal pula mendapatkan jualan seperti mana yang dimahukan. Bawa bertenang dan bersabar kaji semula di mana kelemahan dan kesilapan kita agar ia nya pasti tidak berulang lagi di masa hadapan.

Dalam peringkat di mana proses penutupan jualan dilakukan, semasa persembahan telah diberikan maka sebarang perbualan akan timbul pula. Di peringkat ini semasa perbualan menjual dilakukan, bukan setakat mendengar sahaja yang perlu kita fokuskan sahaja tetapi juga perkara-perkara sebegini perlu juga kita ambil perhatian iaitu

i.             Hubungan mata yang kukuh saling melihat matanya kerana orang yang tidak berminat sentiasa memandang di tempat lain atau tunduk begitu sahaja


ii.           Pergerakan tangan kita yang lebih tersusun di samping menyedari pergerakan tangan bakal pembeli atau pelanggan sama ada dalam keadaan yang menyenangkan ataupun tidak

iii.         Resah yang amat sangat seolah-olah menunggu kita untuk beredar sahaja

iv.         Raut muka semasa perbualan tersebut perlu di perhatikan juga sama ada menunjukkan wajah yang minat ataupun sebaliknya. Sesungguhnya raut wajah seseorang tidak dapat menipu seperti mana mulut yang berbicara.

v.           Bertenang dan bersabar. Jangan terburu-buru dan gopoh terlalu ghairah ingin mendapatkan penutupan jualan. Baik relak seketika beri peluang sewajarnya kepada mereka menentukan jawapan balas untuk kita.

vi.         Intonasi suara perlu dikawal agar suasana yang menyenangkan bakal pembeli atau pelanggan dapat menenangkan pemikirannya. Jangan di kusutkan lagi tapi beri masa yang sesuai untuk mereka lakukan keputusan

vii.       Pengaruhi dengan sebaik mungkin dan tidak perlu sampai pujuk-memujuk. Selagi apa yang kita sampaikan dengan keyakinan yang tinggi, ikhlas, jujur dan menampakkan apa yang kita persembahkan dapat membantu dan menolong dirinya sudah pasti tiada apa yang perlu dirisaukan oleh kita

viii.     Pastikan apa juga yang ingin kita sampaikan telah pun diberi penerangan sewajarnya agar mereka faham apa yang kita maklumkan kepada mereka bagi memudahkan lagi mereka melakukan penilaian.

Biarkan mereka memberikan keputusannya. Tak perlu kita campur tangan pula mempengaruhi pemikiran mereka. Sentiasa bertenang dan bersabar agar apa yang kita mahukan berhasil pada akhirnya. Yang penting dan utama mereka menyaksikan dan memahami bahawa produk yang ditawarkan betul-betul dapat selesaikan permasalahan yang mereka tanggung selama ini. Hulurkan bantuan dan pertolongan tanpa mengenal putus asa. Yakini Allah sentiasa membantu kita mempermudah kan lagi apa yang kita hajati dan impikan. Sudah pasti pada akhirnya penutupan jualan akan berpihak juga pada kita akhirnya.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan