Selamat datang semoga boleh dimanfaatkan bersama. Terima kasih atas luangan masa anda di sini :] | orang tengah melawat | Follow or Dashboard

Khamis, 30 Mei 2013

ADAKAH BERLAKU TANPA SEBABNYA




Apa juga yang berlaku pasti dan mesti ada penyebabnya. Tidak akan berlaku sesuka hati mengharapkan nasib terus menjadi seperti mana yang kita mahukan. Begitulah dalam melakukan jualan. Nak dapat penutupan jualan kena ada sebab musababnya terlebih dahulu sebelum penutupan jualan boleh dinikmati. Cari apa sebabnya kenapa bakal pembeli atau pelanggan boleh menerima apa yang kita tawarkan.  Jangan jadikan sama sekali dalam melakukan jualan berserah nasib seratus peratus kepada takdir padahal segala tugasan yang perlu dilakukan ditinggalkan begitu sahaja.

Inilah baru dinamakan bersebab dalam sesuatu keadaan mengapa jualan boleh dilakukan. Tanpa usaha dan kelibat kita sendiri untuk mengusahakannya sudah pasti ia nya tidak akan ke mana. Kena ada usahanya dan kena ada tindakan yang dilakukan seperti mana yang dirancang terlebih dahulu. Mustahil setiap jualan tiba-tiba sangat mudah melakukannya tanpa ada sebarang usaha. Tak cukup dengan berdoa tanpa usaha adalah sia-sia sahaja manakala doa tanpa usaha adalah angan-angan. Kedua-duanya berkait rapat agar tidak menjadi sia-sia ataupun angan-angan.

Jadi bagi memastikan apa yang akan menjadi penyebabnya adalah

i.             Merancang dan melakukan perkara yang dirancang dengan mengikuti secara berdisiplin agar perancangan yang dilakukan sudah pasti bersesuaian dengan tindakan apa yang dimahukan.

ii.           Tidak mengharapkan sewenang-wenangnya nasib berlaku tetapi jika berlaku di luar dari kemampuan  dan dugaan kita sendiri anggaplah ia nya satu anugerah dari Allah SWT.

iii.          Yakin akan takdir Allah kerana doa adalah senjata orang mukmin dan usaha adalah kesungguhan untuk melakukannya tanpa perlu berbelah bagi, mengeluh diri dan merasa kecewa yang amat sangat.

iv.          Fahami dahulu apa yang bakal pelanggan atau pembeli cari selama ini bagi memudahkan lagi bantuan dan pertolongan dapat dihulurkan.

v.            Jangan mudah putus asa dan kecewa kerana tindakan sebegini tidak ke mana perginya. Selagi ada sifat putus asa dan kecewa selagi itulah kegagalan jualan pula yang kita cari selama ini.

Tiada satu pun penyebabnya akan berlaku begitu sahaja tanpa kita sedari ataupun tidak. Mesti ada punca tidak kiralah dari diri kita sendiri, bakal pembeli atau pelanggan ataupun keadaan sekeliling boleh dan mampu untuk mempengaruhinya. Pasti ada penyebabnya. Kerana itu apabila berlakunya kegagalan dalam melakukan tugasan jualan pelajari di mana salah dan silapnya agar pembetulan dapat dilakukan dan tidak sama sekali diulangi lagi. Sudah pasti selepas ini tiada pergantungan nasib lagi di masa-masa hadapan tetapi usaha yang bersungguh sahaja yang dapat memberikan hasil yang terbaik bagi melakukannya. 


Tiada ulasan:

Catat Ulasan