Amat menghairankan apabila melakukan jualan terus
menerus harga menjadi bahan penceritaan utama apabila bertemu dan bersua dengan
bakal pembeli atau pelanggan. Seolah-olah dirasakan kehebatan produk tidak
perlu dimaklumkan kepada mereka. Adakah tindakan yang dilakukan ini betul
ataupun tidak? Mungkin ramai yang melakukannya hanya disebabkan
i.
Ramai yang menjual nak menjimatkan masa dan memendekkan
tempuh pertemuan. Lagi cepat lagi bagus. Ramai lagi prospek yang hendak
ditemui. Itu pun kalau ramai tak apa lah juga tapi kalau nak cepat habis hanya
kerana nak relak banyak susahlah kalau macam ini untuk menjual. Kepentingan
diri sendiri mengatasi keperluan tugasan dalam jualan.
ii.
Mengharapkan nasib dalam melakukan jualan. Kalau nak
terima alhamdulillah dirasakan. Kalau penolakan terjadi dan berlaku nak buat
macam mana. Asalkan mereka memahami dahulu berapa harga yang ditawarkan itu
sudah dikira cukup baik.
iii.
Nak menjual tapi tidak mempunyai kesanggupan untuk
menghadapi bangkangan atau bantahan jualan. Nak pendekkan pertemuan terus
menerus harga dipaparkan terlebih dahulu sebelum apa-apa penerangan diberikan
terlebih dahulu.
iv.
Lebih memudahkan lagi tugasan melakukan jualan. Terus
menerus penceritaan dan penekanan kepada harga dilakukan dari awal lagi.
v.
Tugasan dirasakan mudah dan senang apabila harga
ditawarkan terlebih dahulu dari penerangan yang ringkas, jelas dan padat
diberikan kepada bakal pembeli atau pelanggan. Biar kena REJECT di peringkat
awal dari kena REJECT mengambil masa yang panjang di akhir pertemuan.
vi.
Nilai wang pada pembeli lebih baik dimaklumkan awal dari
memaklumkan tentang nilai produk yang ditawarkan. Duit mereka pendapatan dan
komisen kita. Kerana itu nilai wang kena dimaklumkan dari memaklumkan nilai produk.
vii.
Bajet pembeli mudah diketahui hanya memaklumkan harga
produk terlebih dahulu. Mana yang ada bajet nya sudah tentu sanggup untuk
menunggu lagi penerangan diberi mana kala yang tiada bajet sudah tentu
meninggalkannya begitu sahaja berlalu membawa diri.
viii. Terus-terusan boleh menarik
minat orang yang ingin ketahui lebih lanjut andai kata nilai wang diberikan
keutamaan utama. Tidak kira apa yang terjadi dan berlaku sudah tentu harga
memainkan peranan utama menarik minat seseorang.
Berhati-hati dengan mainan menawarkan tawaran harga
terlebih dahulu kepada bakal pembeli atau pelanggan. Hanya kerana harga
seseorang akan mudah menolak begitu sahaja tanpa mengetahui apa hebat dan
pentingnya produk kita yang berada di pasaran terlebih dahulu. Lebih baik cari
jalan selamat dahulu memaklumkan nilai produk dimaklumkan terlebih dahulu dalam
menyelesaikan permasalahan mereka terlebih dahulu. Nilai wang boleh dicari
jalan penyelesaiannya di kemudian masa tidak seperti nilai produk yang patut
mereka ketahuinya terlebih dahulu. Kadang-kadang kepentingan diri perlu
diketepikan terlebih dahulu supaya bantuan dan pertolongan boleh dihulurkan
kepada mereka dengan hati yang terbuka. Bersabar dan bertenang jangan gopoh
agar apa yang kita lakukan lebih memudahkan usaha kita dalam melakukan jualan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan