Selamat datang semoga boleh dimanfaatkan bersama. Terima kasih atas luangan masa anda di sini :] | orang tengah melawat | Follow or Dashboard

Sabtu, 18 Mei 2013

Hentikan Penipuan Mewartakan Jangkaan



Menepati sasaran dalam jualan sememangnya amat diperlukan. Tanpa sasaran tentu lebih sukar untuk kita melakukan jualan hanya disebabkan ketidaktahuan berapa banyak yang perlu dilakukan walaupun matlamat utama mendapatkan pendapatan se maksimum yang termampu. Kebiasaannya sebelum penutup hari dalam memastikan berapa banyak yang boleh diperoleh jangkaan prestasi pasti amat diperlukan. Kebiasaannya bagi yang melakukan jualan di sesebuah organisasi-organisasi tidak kira kecil ataupun besar sudah pasti jangkaan di awal hari pasti amat diperlukan bagi mengetahui keputusan awal sebelum penutup hari.

Malangnya, kebanyakan jangkaan yang diberikan tidak tepat dan betul jika dibandingkan dengan keputusan pada penutup hari. Seolah-olah tabiat menipu dan membohongi ketua jualan menjadi satu kemestian pula kepada kakitangan jualan. Bak kata pepatah Melayu ‘melepaskan batuk di tangga’ sahaja. Nampak seperti tiada kebenarannya sama sekali kenapa ia nya berlaku dengan sewenang-wenangnya. Adakah ini pilihan terbaik diri kita. Sememangnya akan memberikan impak yang tidak baik pada diri kita sendiri. Jika ini berterusan diamalkan bermakna

i.             Kita tidak serius dengan apa yang kita perkatakan dan tugasan jualan

ii.           Sudah tentu kita tidak fokus dan bukannya bergantung kepada nasib badan sahaja

iii.         Fikiran kita akan menghasilkan cara untuk melepaskan diri sahaja tak lebih daripada itu

iv.         Menanam sikap lebih baik menipu daripada kena marah tak tentu fasal dari ketua kita sendiri

v.           Sentiasa berjanji akan diganti semula pada hari keesokan nya di mana pada hakikatnya tiada apa-apa penggantian pun

Firman Allah bermaksud "Dan orang-orang yang menyakiti orang-orang mukmin dan mukminat tanpa kesalahan yang mereka per buat, maka sesungguhnya mereka telah memikul kebohongan dan dosa yang nyata"(Surah al Ahzab Ayat 58). Firman Allah lagi bermaksud "Dan janganlah kamu jadikan sumpah-sumpah kamu sebagai alat penipu di antara kamu yang menyebabkan tergelincir kaki mu sesudah kukuh tegaknya dan kamu rasakan kemelaratan di dunia kerana kamu menghalangi manusia dari jalan Allah dan untuk kamu azab yang besar" (Suirah An Nahl ayat 94).

Inilah sikap yang perlu kita kena perbetulkan semula. Jangan mudah memberi harapan kepada orang lain kerana sekali kita gagal memberikan harapan kepada orang sudah tentu harapan yang kita berikan akan dibalas semula oleh Allah SWT. Jangan beri jangkaan yang bukan-bukan tapi berikan keputusan terbaik kepada tempat organisasi kita bertugas. Jaga karier jaga periuk nasi jaga rezeki kita. Lakukan secara amanah, berhemah dan bertanggungjawab serta jangan lari dari tugasan yang diberikan. Berani dan apa juga yang berlaku kena tempuhi dan anggap sebagai satu cabaran yang perlu ditempuh.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan