Selamat datang semoga boleh dimanfaatkan bersama. Terima kasih atas luangan masa anda di sini :] | orang tengah melawat | Follow or Dashboard

Selasa, 7 Mei 2013

Tak Masuk Akal Langsung




Melakukan jualan sememangnya akan bertemu dengan seramai yang mungkin bakal pembeli atau pelanggan. Menemui mereka bagaikan mengajar kita bagaimana untuk berhubung, berinteraksi dan berkomunikasi dengan sebaik yang mungkin. Semakin ramai kita temui semakin banyak telatah dan tabiat yang berbeza dari seorang ke seorang yang lain bakal kita temui. Semuanya ini akan mematangkan lagi karier kita dalam melakukan jualan.

Jangan mudah terkejut jika kita temui bakal pembeli atau pelanggan yang meminta-minta bukan-bukan di luar dari pemikiran kita. Perkara-perkara yang tidak masuk akal dan tidak munasabah mungkin akan berlaku hanya disebabkan mereka merasakan perlu melakukannya hanya disebabkan kita mahukan penutupan jualan dapat dilakukan. Seolah-olah mereka adalah bakal pelanggan yang paling istimewa yang perlu kita layan di tempat sepatutnya. Kerana itu pelbagai permintaan yang tidak munasabah akan berlaku di depan mata kita seperti

i.             Semua hendak yang terbaik sahaja
Bakal pembeli atau pelanggan meminta dan memohon pelbagai-bagai perkara yang kita rasakan cukup rimas dengan apa yang dipohonnya. Dengan kengkangan dan had yang ada tidak dapat diberikan semua yang mereka kehendaki menjadikan sesuatu yang mustahil pula untuk dipenuhi. Tiada seorangpun yang melakukan jualan tidak mahu berikan yang terbaik dan seperti mana yang mereka mahukan tapi kadang-kadang mungkin terdapat kengkangan dan had yang perlu kita berikan kepada mereka. Lagi diberitahu lagi mereka mahukan. Inilah yang akan menyukarkan dan menyusahkan kita pula mendapatkan penutupan jualan darinya.

ii.           Lihat apa yang pesaing telah berikan
Terlalu membeza-bezakan akan apa pesaing sanggup dan telah berikan kepada mereka yang sudah pastinya tiada pula daripada kita. Mereka bukan mahukan produk yang terbaik dari kita tetapi juga apa hadiah terbaik bakal diterima daripada kita. Semuanya tidak masuk akal dirasakan sehingga cukup sukar pula untuk dimaklumkan kepada mereka. Seolah-olah apa yang pesaing berikan adalah yang terbaik walaupun pada hakikatnya tidak ada apa-apa pun cuma gempak dari mereka sahaja.

iii.          Banyak yang diragui
Dengan begitu mudah mereka meragui akan apa yang kita maklum dan persembahkan kepada mereka seolah-olah apa yang kita berikan tiada logik dan kebenarannya sama sekali. Apa yang kita perkatakan pasti diragui pula oleh mereka membuatkan kita jadi serba salah tak tentu hala pula. Perbanyakan bersabar dan tenang sentiasa. Mungkin sebagai provokasi menguji apa yang kita sampaikan betul ataupun tidak.

iv.          Naik angin memaki sahaja
Paling dirisaukan kerana rambut sama hitam tapi hati lain-lain. Apa yang ada di dalam sudah pasti kita tidak ketahuinya sama sekali. Tiba-tiba bakal pembeli atau pelanggan naik angin tidak tentu hala dibuatnya menjadikan keadaan menjadi kelam kabut dan akan lebih menyukarkan kita memberikan penerangan sepatutnya. Elakkan kejadian ini berlaku kerana hanya dengan berhemah dan bersopan serta merendah diri sahaja yang dapat mengawal keadaan bakal pembeli atau pelanggan menjadi naik angin yang bukan-bukan.

v.            Bagaimana dengan pelanggan lain
Terlalu sibuk dengan pelanggan lain yang telah dinikmati mereka membuatkan bakal pembeli atau pelanggan mahukan yang lebih lagi kepada mereka. Seolah-olah jangan diberi sama rata tapi kelebihan yang ada perlu kepada mereka sahaja. Sikap tamak dan pentingkan diri mereka telah menguasainya.

Berhemah dan bersopan ketika bertemu dengan sesiapapun juga bakal pembeli atau pelanggan yang ditemui. Ragam mereka memang cukup sukar untuk di mengertikan. Jangan hanya kerana hendak mendapatkan penutupan jualan kita ya kan sahaja tanpa kita ketahui pelanggaran prosedur dan peraturan yang telah ditetapkan. Periuk nasi perlu dijaga. Mana-mana yang boleh tidak mengapa kita katakan boleh tapi mana-mana yang tidak boleh katakan sahaja sememangnya tidak boleh untuk dilakukan. Ikhlas dan jujur kepada mereka berterus terang nyatakan apa yang patut dan tidak sepatutnya mereka terima. Kalau semua ini kita lakukan dengan sebaik yang mungkin sudah pasti mereka akan memahami akan apa yang kita perkatakan.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan