Sesuatu yang amat
dikagumi ketika peristiwa penghijrahan penduduk-penduduk Mekah yang begitu
setia dengan Nabi Muhammad SAW telah disambut baik oleh penduduk-penduduk
Madinah yang dikenali sebagai Ansar. Sikap dan sifat mereka yang terlalu ikhlas
dan terbuka ini sanggup menghulurkan tangan membantu dan menolong mereka dalam
apa keadaan sekalipun. Sebelum ini orang-orang Ansar dan Muhajirin bukannya
pernah bertemu dan bersua muka, tapi demi hubungan ukhuwah dan silaturahim
sesama Muslim menyebabkan mereka sanggup bersatu tolong menolong antara satu
sama lain. Orang-orang Ansar begitu memahami betapa sukarnya orang-orang
Muhajirin yang berhijrah ke tempat mereka dengan harta kekayaan mereka terpaksa
ditinggalkan atau dirampas di tanah asal mereka di Mekah, berhijrah tanpa
mengetahui ada tempat untuk berteduh ataupun tidak dan hadirnya mereka ke Kota
Madinah ini tanpa adanya sahabat handai atau saudara mara untuk mereka
menumpang senang.
Semuanya dapat
diatasi dengan orang-orang Ansar yang begitu takjub dan rela untuk membantu
mereka yang datang berhijrah. Usaha yang berterusan bagi memastikan setiap
mereka yang hadir di Kota Madinah ini dapat dikurangkan bebanan mereka yang
ditanggung oleh orang-orang Muhajirin. Inilah yang telah dilakukan oleh
Rasulullah kepada orang-orang Ansar. Tarbiah bukan setakat seorang dua orang
sahaja penduduk Kota Madinah tetapi hampir satu Kota Madinah begitu taat dan
setia melakukan bantuan dan pertolongan tanpa adanya rasa penyesalan dan
kekecewaan pada orang-orang Ansar. Penerapan yang telah ditunjukkan oleh orang-orang
Ansar dan Muhajirin sebagai satu setia kawan dunia akhirat yang tidak boleh
sama sekali diputuskan oleh sesiapapun juga. Hubungan yang baik ini berlaku
adalah disebabkan
i.
Orang-orang Ansar
sanggup untuk memberikan bantuan dan pertolongan dalam bentuk apa pun juga ke atas
orang-orang Muhajirin
ii.
Berusaha keras
memastikan mereka yang berhijrah mendapat keselesaan dan menikmati kehidupan
yang baik di Kota Madinah
iii.
Semangat bersatu
atas nama Agama Islam menjalinkan ukhuwah dan silaturahim memupuk semangat
kasih sayang antara mereka tanpa berburuk sangka dan berbelah bagi.
iv.
Tidak mengira
siapa pun juga darjat diketepikan tiada batasan tidak mengira siapa pun juga.
Inilah semangat
yang harus diterapkan dalam tim jualan yang disertai. Bagi orang baru yang
menyertai tim jualan tersebut yang lama perlu mengalu-alukan kehadiran mereka
menghulurkan segala bantuan dan pertolongan yang dimahukan. Tiada istilah
mementingkan diri sendiri ataupun tamak haloba ditakuti nanti rezeki terjejas
teruk kerana kehadiran orang baru. Lihat bagaimana orang-orang Ansar yang
begitu menerima kehadiran orang-orang
Muhajirin sehingga sanggup menyerahkan apa juga harta yang ada pada mereka
walaupun pasangan hidup mereka. Inilah yang perlu kita lakukan apabila bertugas
dalam sesebuah tim jualan yang diwujudkan. Keharmonian, tolong-menolong dan
kejujuran dalam membantu dan dibantu amat-amat digalakkan dalam Islam. Kalau
orang-orang Ansar dan Muhajirin boleh melakukannya kepada tidak kepada kita
semua.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan