Selamat datang semoga boleh dimanfaatkan bersama. Terima kasih atas luangan masa anda di sini :] | orang tengah melawat | Follow or Dashboard

Sabtu, 11 Mei 2013

PRU 13 - Apa yang perlu di ceduk



Pilihan raya baru sahaja selesai. Kerajaan yang dipilih rakyat baru sahaja dibentuk. Didoakan agar mereka yang terpilih menjadi pemimpin menjalankan amanah dan tanggungjawab yang dimahukan oleh semua rakyat sama ada yang memilih ataupun tidak. Yang penting tanggungjawab kita sebagai seorang rakyat Malaysia telah pun disempurnakan. Doakanlah agar kesejahteraan dalam negara yang kita cintai ini sentiasa berada di dalam keadaan aman dan harmoni sentiasa.

Sedari atau tidak sebenarnya banyak perkara yang boleh kita jadikan iktibar dan pengajaran untuk kita yang melakukan jualan. Dari masa penamaan calon hinggalah ke hari pengundian yang dilakukan apa juga yang berlaku terutamanya semasa tempoh berkempen perlu kita perhatikan. Sudah tentu cara mereka berkempen tidak kira parti apa sekalipun boleh kita jadikan sebagai satu panduan dan ikutan yang boleh kita pergunakan semasa menjual. Apa yang di maksudkan di sini adalah

i.             Calon-calon sering memaparkan riak muka yang ceria, tersenyum dan mengawal emosi semasa berkempen dengan penampilan yang agak terkawal dan kemas.

ii.           Sentiasa bercakap dalam keadaan merendah diri, tiada perasaan malu dan segan. Sanggup bersua dan bertemu dengan siapa sahaja yang ditemui tanpa adanya perasaan sombong dan tinggi diri. Sesiapapun nak bertemu dan berjumpa pasti dibenarkan seolah-olah langsung tiada hijab antara orang yang berkempen dengan bakal pengundi.

iii.          Merata-rata poster diletakkan dipamerkan di mana sahaja. Muka manis dengan pelbagai gaya dan ragam dipaparkan seolah-olah mesra rakyat cuba memancing dan memikat pengundi sebanyak yang termampu.

iv.          Apabila berpidato cukup hebat memberikan hujah-hujah kenapa perlu dan patut pemilihan ke atas mereka wajar sama sekali dipilih. Pelbagai penerangan diberikan agar kefahaman pengundi semakin memahami kenapa perjuangan mereka perlu diberi sokongan dan keutamaan dalam mengundi.

v.            Calon-calon akan bergerak bebas dalam kawasan yang ditandinginya ke sana ke sini bertemu dengan sesiapapun tanpa mengenal penat lelah semasa berkempen. Nak sokong atau tidak itu tidak penting. Apa yang dipentingkan bertemu bakal pengundi seramai yang termampu.

vi.          Calon-calon yang bertanding mempunyai keyakinan yang tinggi seolah-olah kemenangan dalam genggaman mereka. Pembentukan jati diri yang utuh sememangnya ditonjolkan bagi membuktikan mereka adalah calon paling layak untuk dipilih. Memegang kuat pada prinsip dan pendirian memastikan apa yang diperkatakan nampak kebenarannya sama sekali.

vii.        Mempunyai tim pasukan yang kuat sentiasa menyokong dan mengatur segala pergerakan mereka memastikan apa juga yang dilakukan mendapat sambutan yang baik. Menyokong tanpa berbelah bagi memastikan calon yang bertanding mendapat sokongan padu pula pengundi yang diharapkan.

Kalau orang politik boleh melakukannya kenapa kita yang melakukan jualan tidak boleh sama sekali? Berbekalkan semangat dan dorongan yang tinggi sudah pasti apa juga yang dilakukan boleh dicapai kejayaan. Yang penting jangan kondem, mencaci dan menghina orang lain. Lakukan dengan sebaik mungkin seperti mana orang-orang politik lakukan semasa proses berkempen berlaku. Mana yang baik eloklah diambil sebagai satu cara dan kaedah yang perlu kita pergunakan dalam melakukan jualan. Yang penting berkempen melariskan produk yang dijual agar sambutan yang diperoleh berkekalan dan berterusan sentiasa di pasaran. Perkenalkan diri buang sikap malu dan segan biar mereka di pasaran tahu kewujudan kita menawarkan produk yang mereka cari dan impikan selama ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan