Bila melakukan
jualan pastikan jangan pula kita terlalu mengikut MOOD yang ada pada diri kita
sendiri. Kalau mengikut MOOD yang ada sudah tentu bakal pembeli atau pelanggan
yang menemui kita merasa amat bertuah jika mood kita dalam keadaan yang baik
dan ceria. Tapi bagaimana mood kita diwaktu tersebut dalam keadaan yang amat
bergelora dan tidak se ceria seperti biasa? Pasti bakal pembeli atau pelanggan
cukup kecewa dengan apa yang telah kita beri dan tunjukkan.
Firman
Allah bermaksud ‘Dan orang-orang yang menahan dari kemarahan serta memberi
kemaafan pada orang lain sesungguhnya Allah amat kasih terhadap orang yang
berbuat baik’ (Surah Al-Imran Ayat 134). Ini janji Allah pada sesiapapun yang boleh mengawal
perasaannya. Sememangnya kalau terlalu ikutkan moody kita ini bermakna
semakin sukar untuk melakukan jualan. Ini adalah kerana
i.
Kita terlalu
mementingkan diri kita melayan perkara yang bukan-bukan dan tidak fokus kepada
tugasan utama sebenarnya
ii.
Timbul rasa
meluat yang amat sangat kepada sesiapapun yang mendampingi dan berurusan dengan
kita
iii.
Bakal pembeli
atau pelanggan akan mudah hilang keinginan untuk menerima atau mendengar apa
yang kita perkatakan
iv.
Hilang keyakinan
baik pada diri kita sendiri mahupun pada bakal pembeli atau pelanggan
v.
Tugasan yang
diberikan begitu sukar walaupun tugasan tersebut dirasakan agak mudah untuk
dilakukan
vi.
Semakin mudah
merasa patah hati dan kecewa tidak tentu hala
vii.
Peluang yang ada
walaupun didepan mata akan hilang begitu sahaja
viii.
Mudah mendapat
penyakit tanpa kita sedari
Tiada ulasan:
Catat Ulasan