Salah satu karier
dalam pekerjaan yang tidak menentu masanya untuk melakukan tugasan adalah dalam
bidang jualan. Tidak kira waktunya sama ada pagi, petang atau malam, hari bekerja,
bercuti atau dalam apa juga keadaan yang menimpa melakukan jualan terpaksa juga
di tempuh dan dilakukan. Seolah-olah 365 hari kita bertugas tidak mengira waktu
dan ketika. Semuanya dilakukan hanya kerana menjual.
Kerana itu
ungkapan ‘Setiap Hari Adalah Hari Menjual’ tidak dapat dinafikan lagi. Tanpa
mengira masa dan waktu, kita sentiasa bersedia untuk menjual. Ini adalah kerana
i.
Peluang dan
oportuniti yang ada bukannya boleh dijangka dan disangka
ii.
Fikirkan untuk
lebih banyak membantu dan menolong seramai yang termampu. Jangan mudah ingat
bahawa bakal pembeli atau pelanggan yang terhegeh-hegeh mencari kita sentiasa
iii.
peroleh
pendapatan yang tinggi sebagai matlamat utama bagi menjamin periuk nasi kita
sentiasa berkekalan dan tetap bagi menampung kehidupan dan perbelanjaan kita
sehari-hari
iv.
kesungguhan
memberikan jawapan pasti atas keyakinan bakal pembeli atau pelanggan untuk
menerima kehadiran kita di hadapannya.
v.
Bakal pembeli
atau pelanggan nampak komitmen kita dalam menjual tanpa mengira waktu dan hari.
Bila-bila masa sahaja siap sedia untuk dihubungi atau bertemu.
vi.
Per kotakan apa
yang telah ditawarkan. Tanamkan keyakinan dengan merasakan kelibat kita berada
berhampiran mereka sentiasa
vii.
Telefon bimbit
sentiasa ada tidak pernah ditutup walaupun di malam hari ataupun di hari
bercuti. Semuanya membuatkan mereka cukup senang untuk berhubung dengan kita.
viii.
Wujudkan
kepercayaan pada mereka bahawa dengan kita sahajalah produk yang mereka cari
selama ini sememangnya dapat menyelesaikan permasalahan yang mereka tanggung
selama ini
ix.
Tanggungjawab
yang dilakukan akan memberikan impak yang cukup besar ke atas mereka. Menjual
bukan setakat menjual sahaja tapi hubungan yang terjalin antara mereka dan kita
perlu dijaga dengan baik sama sekali.
Kerana itu
apabila menjejak kaki dalam menjual kena ada redha nya untuk melakukan 24 jam
sehari 365 hari setahun tanpa henti dan bercuti. Tiada istilah rehat sepenuh
hari walaupun kita dianggap bercuti. Mereka bakal pembeli atau pelanggan bukan
nak ambil tahu kita bekerja ataupun tidak kerana bagi mereka sekali mereka
berhubung dengan kita maka kitalah orangnya yang akan selesaikan apa juga
masalah yang timbul. Jadi berjaga-jagalah, kesanggupan kita untuk menjadi
seorang penjual perlu ada pengorbanan ada harga yang perlu dibayar kepada bakal
pembeli atau pelanggan kerana ‘Setiap Hari Adalah Hari Menjual’ walaupun kita
bercuti, berehat mahupun dalam kesakitan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan