Sekali sekala dalam melakukan jualan, kena lakukan cara
BRUTAL pula. Bukan nak cari gaduh tapi kena lakukan di luar daripada kebiasaan
kita melakukannya. Dari senarai prospek sebagai satu sasaran untuk dapatkan
temu janji kita tukarkan pula dari cara kebiasaannya kepada menerjah mereka
terus tanpa perlu melakukan temu janji. Mungkin cara sebegini boleh dilakukan
jika
i.
Kita telah mengetahui serba sedikit tentang latar
belakangnya terlebih dahulu
ii.
Lokasinya mungkin berhampiran dengan tempat kita
bertugas
iii.
Sekeliling dirinya mempunyai sokongan yang kuat tentang
penerimaan produk yang kita tawarkan
iv.
Tiada perasaan malu, segan, takut dan gentar
v.
Luangkan masa yang khusus kena ada supaya terjahan boleh
dilakukan dengan jayanya
vi.
Biar apa pun keputusan yang diterima dari terjahan
tersebut kena banyak bersabar, cekal dan tenang menghadapinya kerana prospek
ketika itu sememangnya belum bersedia untuk menerima kehadiran diri kita
vii.
Terlalu sukar untuk mendapatkan temu janji atau
penutupan jualan yang memerlukan keputusan segera.
viii. Keupayaan memberikan
penjelasan serba ringkas, jelas dan padat yang boleh menarik perhatian mereka
terhadap kehadiran diri kita
Walaupun terjahan dilakukan, adat bertemu dengan orang
kena ada. Memberi salam, berjabat tangan, berhemah dan bersopan perlu dilakukan dengan sebaik mungkin. Segala
kelengkapan perlu disediakan dengan secukupnya sebelum terjahan boleh dilakukan.
Satu kaedah menjual yang sepatutnya kita kena lakukan juga tanpa perlu ada temu
janji atau menentukan pertemuan dengan bakal pembeli atau pelanggan. Untung
sabut timbul untung batu tenggelam. Yang penting kena mencuba dengan sepenuh
hati jiwa dan raga. Bukan alasan yang kita cari tapi ulasan bagaimana
efektifnya menjual dengan cara terjahan ini pula.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan