Jangan mudah mengalah dan merasa kecewa apabila menjual
terpaksa bersaing dengan pesaing-pesaing yang berada di pasaran. Lainlah kalau
sistem monopoli dilakukan dalam pasaran pasti tiada masalah kerana kita sahaja
yang menawarkan produk tersebut. Inilah yang perlu kita hadapi dengan sebaik
yang mungkin dengan ketabahan, kesabaran dan ketenangan yang ada di pasaran
untuk kita bersaing bersama-sama dengan pesaing memberikan yang perkhidmatan
yang terbaik mengikut apa yang diperlukan dalam pasaran. Bila wujud persaingan
yang sihat sudah pasti akan memberikan satu kelebihan pada pengguna untuk
memilih dan menentukan mana satu yang dimahukan dan diperlukan oleh mereka.
Kerana itu jangan terlalu gusar dan bersedih hati. Hadapi
dengan hati yang terbuka. Dalam menghadapi persaingan yang sihat dan sengit ini
pastikan
i.
Jangan berdengki
Tidak
berdengki pasti tiada berdendam. Bila tiada berdendam sudah pasti dengan hati
yang terbuka segala jalinan persahabatan, interaksi dan perhubungan boleh
dijalinkan walaupun dengan pesaing yang rapat dengan jualan kita. Bila dah
rapat semuanya akan memudahkan kita melakukan jualan kerana semua informasi,
maklumat dan apa sahaja yang kita perlukan sudah pasti akan dibantu dengan hati
yang terbuka oleh sesiapapun juga walaupun pesaing terdekat.
ii.
Jangan hentam menghentam
Sekali
kita memburukkan seseorang sudah pasti lagi banyak orang akan memburukkan
keadaan diri kita di pasaran. Jangan sama sekali mudah sangat menghentam orang
lain terutama pesaing. Berikan yang
terbaik. Berkata benar dan jujur dalam memberikan perbezaan produk antara kita
dan pesaing di mata prospek/pelanggan. Biar mereka yang menilainya bukannya
kita. Ikhlas dalam apa juga yang kita lakukan.
iii.
Amalkan nilai yang baik dan murni
Terapkan
sikap dan sifat yang baik apa yang ada dalam diri kita ditonjolkan pada
prospek/pelanggan. Amalkan nilai-nilai yang positif dan yang terbaik. Jangan
mengikut nafsu dikhuatiri nanti perkara yang tidak baik dan elok berpatah
semula kepada kita. Bila prospek/pelanggan sudah tidak percaya akan keupayaan
diri kita bagaimana kita hendak menjual?
iv.
Pelihara perpaduan
Perpaduan
bukan setakat dalam keluarga dan sahabat handai kenalan kita sahaja. Semua yang
kita temui dan sekeliling kita perlu dijaga dengan baik dan sempurna sama
sekali. Hanya melalui perpaduan keharmonian boleh dijalin bersama. Jagalah
sebaik mungkin dan jangan sama sekali menjadikan kemarahan dan kebencian dalam
diri kita mengawal diri kita mementingkan hawa nafsu sehingga perpaduan yang
wujud dalam pasaran sama sekali tidak kita hiraukan sama sekali.
v.
Elakkan penipuan
Sekali kita menipu sampai
bila-bila prospek/pelanggan pasti tidak akan percaya pada kita sampai
bila-bila. Elakkan sama sekali agar kepentingan diri sendiri boleh kita
hindarkan sama sekali. Selagi kita menipu selagi itu segala rezeki yang kita
peroleh sudah tentu tiada keberkatannya dan hidup penuh dengan dosa yang amat
sangat. Bila semua ini dilakukan sampai bila-bila pun keseronokan kehidupan
kita di dunia ini sudah pasti menjadi sia-sia sahaja. Adakah ini yang kita cari
sebenarnya?
Bersahabatlah dengan mereka. Ketahui kelebihan dan
kekurangan yang ada baik pada produk kita dan mereka. Bandingkan dengan sebaik
yang mungkin agar mudah kita berikan apa yang diperlukan oleh prospek/pelanggan
yang mahukan. Bukan setakat pandai bercakap sahaja tapi buktikan apa yang kita
tawarkan benar-benar dapat selesaikan permasalahan mereka. Hulurkan bantuan dan
pertolongan dengan keikhlasan yang ada agar keyakinan mereka pada kita boleh
diyakini dengan sebaik yang mungkin.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan