Perkara terpenting dalam melakukan jualan kena ada ilmu.
Melalui ilmu kita bukan sahaja akan menjadi orang yang tahu dan pandai dalam
melakukan jualan tetapi juga menambahkan lagi kemahiran yang sedia ada dikemas
kini setiap masa dan ketika. Bila dah berilmu segala kesukaran akan mudah untuk
diatasi dengan sebaik mungkin mengikut ilmu yang ada pada kita. Jangan pula
mudah mendabik dada merasakan diri telah sempurna dilakukan tetapi sentiasa
merendah diri mencari dan menemui ilmu menggali sebanyak yang termampu.
Semuanya dilakukan hanya kerana ilmu tidak pernah habis dan selesai untuk
dipelajari.
Pencarian dan pembelajaran ilmu perlu diteruskan
sehingga ke akhir hayat. Firman Allah bermaksud "Katakanlah:
"Adakah sama orang-orang yang mengetahui dengan orang-orang yang tidak
mengetahui?" Sesungguhnya orang-orang yang berakallah yang dapat menerima
pelajaran (pengajaran)" (Surah Az-Zumar Ayat 9). Firman Allah lagi
bermaksud "Dan katakanlah: "Ya Tuhan ku, tambahkanlah kepada ku ilmu
(agama)." (Surah Thaahaa Ayat 114). Begitulah kuatnya kenapa ilmu sangat
berguna untuk kita peroleh dan carinya sedapat yang mungkin. Berterusan
menemuinya tanpa ada sebarang alasan dan merasakan diri mudah cukup dengan ilmu
yang ada. Ini adalah kerana hanya dengan ilmu seseorang itu akan menjadi
i.
Pengalaman
Bertambah
pengalaman bermakna semakin matang apa yang kita lakukan dalam jualan. Semakin
sukar pula mereka untuk memperdaya dan kelentong mana yang patut. Dengan
pengalaman yang ada lebih mudah pelajari mana-mana kesilapan dan kesalahan yang
berlaku. Segala yang sukar menjadi dipermudahkan.
ii.
Jati diri
Lihat
pada diri kita sendiri dalam membina personaliti dan kekuatan dalaman serta
luaran yang ada. Ada jati diri kejayaan lebih mudah untuk dicapai. Membina
keyakinan diri memerlukan pembelajaran yang berterusan mendapatkan ilmu yang
dikehendaki. Jauhkan dari sikap dan sifat terlalu ego dan sombong apatah lagi
merasa mudah tinggi diri tak tentu hala. Mesti ada berilmu kerana dengan ilmu
sahaja dapat membendung segala yang negatif untuk membina jati diri yang sebenarnya
seperti mana yang diperlukan untuk melakukan jualan.
iii.
Sentiasa prihatin
Dengan
ilmu bukan sahaja pandangan mata yang dilihat tetapi juga pandangan hati
dilakukan sama. Buka mata seluas-luas menyedari apa yang dimahukan oleh bakal
pembeli atau pelanggan yang hendak atau berurusan dengan kita. Ilmu yang ada
akan membentuk kita lebih beriltizam menghadapi apa juga cabaran, dugaan dan
musibah yang menimpa. Mudah prihatin dan ketahui apa yang diperlukan dan
dimahukan oleh mereka.
iv.
Merendah diri dan berhemah
Ini
yang sepatutnya kita lakukan. Bukan untuk bercakap besar atau mendabik dada
tanda kita adalah yang terbaik dalam melakukan jualan. Dengan sesiapapun juga
kita ketemu orang bersikap baiklah dengan merendah diri dan bersopan.
Pembelajaran berterusan secara automatik akan membentuk diri kita menjadi lebih
sempurna agar tidak sama sekali kita mudah lupa diri dalam melakukan jualan.
v.
Tahu apa yang perlu untuk dilakukan
Dengan ilmu sahaja kita
akan lebih mudah melakukan jualan. Dengan ilmu juga skil jualan boleh
diperbaiki dari masa ke semasa. Bila dah berilmu sudah pasti apa juga yang
sukar dirasakan akan menjadi mudah untuk dilakukan. Keyakinan akan bertambah
bergantung pada berapa banyak ilmu yang dipelajari. Semakin banyak ilmu yang
ada semakin memberikan laluan dan dorongan pencetus semangat melakukan jualan
sebaik yang mungkin. Sudah pasti kekecewaan dan mudah merasa kecewa boleh
diatasi dengan sebaik yang mungkin.
Jangan sama sekali mudah merasa cukup dengan ilmu yang
ada. Sentiasa dahagakan ilmu mencari jangan berhenti dan cukup dengan apa yang
ada. Rajinkan diri kita terus pembelajaran sepanjang hayat dengan berguru
menghadiri majlis-majlis ilmu, membaca buku-buku dan artikel yang berkaitan dan
pelajari dari mereka-mereka yang berjaya melakukan jualan. Selagi kita berat
hati dan merasa segan untuk peroleh ilmu selagi itulah tindakan kita tidak ke
mana. Kitalah penentu segala-galanya. Dari 'Abdullah bin Mas'ud dia berkata: Aku mendengar
Rasulullah bersabda "Semoga Allah memuliakan seseorang yang mendengar
sesuatu dari kami lalu dia menyampaikannya (kepada yang lain) sebagaimana yang
dia dengar, maka kadang-kadang orang yang disampaikan ilmu lebih memahami
daripada orang yang mendengarnya." (Hadis Riwayat At-Tirmizi).
Tiada ulasan:
Catat Ulasan