Selamat datang semoga boleh dimanfaatkan bersama. Terima kasih atas luangan masa anda di sini :] | orang tengah melawat | Follow or Dashboard

Isnin, 29 April 2013

ZALIMKAH SELAMA INI?



Bila ditanya pada sesiapapun sudah pasti jawapannya tidak mahu melakukan kezaliman pada orang lain. Mengelakkan perbuatan menzalimi orang lain adalah kerana takut adanya orang lain pula menzalimi kita. Kena berhati-hati dan berwaspada agar perkara sebegini tidak berlaku dan terjadi. Tapi malangnya setakat mana kita mengetahui yang kita sama sekali tidak menzalimi orang lain. Sedar atau tidakkah kita? Dikhuatiri tidak melakukannya tapi pada hakikatnya terdapat kewujudan pula pada diri kita terutamanya ketika melakukan jualan.

Satu tabiat yang perlu dielakkan iaitu bila terdapatnya sikap suka menzalimi orang lain. Dari segi maksudnya ulama menjelaskan maksud zalim ini ialah meletakkan sesuatu bukan pada tempatnya. Kerana itu dalam melakukan tugasan jualan semua kena ada semakan dalam diri dan perbuatan kita sendiri agar kezaliman sama sekali tidak kita lakukan dengan sewenang-wenangnya sama ada kita sedari ataupun tidak. Suatu yang memalukan jika berlaku pada diri kita. Betapa banyak nanti ganjaran dosa pula yang asyik kita peroleh sedangkan kita merasakan ganjaran pahala boleh kita dapati. Mungkin perkara-perkara sebegini tanpa kita sedari telah melakukannya iaitu

i.             Tipu orang
Dengan nama Allah, berjanjilah agar kita jangan sama sekali menganiaya sesiapapun dalam kita melakukan jualan. Elakkan dari menipu hanya kerana memikirkan kesenangan dan kepentingan diri. Carilah keberkatan dalam pendapatan dan rezeki melalui kejujuran. Sekali kita menipu dan menganiaya orang apabila telah diketahui sudah pasti sampai bila-bila sesiapapun tidak akan mempercayai kita. Kita menipu kita aniaya orang bermakna kita telah menzalimi mereka. Berhati-hatilah agar kita sama sekali tidak tergolong di kalangan orang-orang yang tidak baik perangainya.

ii.           Janji lain jadi lain
Penyakit yang ada ubatnya kalau disiplin dijaga dengan betul. Bila berjanji tunaikan tidak kira apa juga yang kita janjikan. Jangan peleceh dan per mainkan janji yang telah diberikan. Mungkir setiap janji kepada mereka bermakna kita telah melakukan satu kezaliman. Kalau dah berjanji tapi takut terlupa buatlah catatan pada buku harian agar sifat pelupa kita boleh diatasi. Prospek/pelanggan akan hilang rasa hormatnya kepada kita kalau kita sangat pandai berjanji tapi sangat pandai pula mengingkarinya. Berubahlah agar kita sentiasa menjadi orang yang berdisiplin memegang kukuh akan setiap janji kita kepada orang.

iii.          Tiada kesungguhan
Terlalu ambil mudah akan apa yang kita lakukan sehingga tidak memikirkan kesusahan dan kepayahan orang lain akan memberikan impak negatif yang tidak baik kepada diri kita sendiri. Bila kita suka ambil mudah apa juga tindakan dan tugasan kita sudah pasti tiada kesungguhan akan terbit pada diri kita. Bila tiada kesungguhan sudah pasti hasil jualan tidak ke mana seolah-olah apa yang kita lakukan seperti melepaskan batuk di tangga sahaja. Ini bahaya jika ini yang kita lakukan. Tidak terfikir kah apa pula pandangan prospek/pelanggan yang kita bertemu selama ini? Sudah pasti agak berat hati mereka untuk berurusan dengan kita merasa ragu-ragu di atas keupayaan dan kebolehan kita menjual kepada mereka. Bukankah dengan cara begitu kita telah menzalimi mereka?

iv.          Ambil hak orang lain
Dikhuatiri kerana tamak dan mementingkan diri sendiri, hak orang kita ambil. Asalkan boleh mendapatkan penutupan jualan walaupun hak rakan sekerja kita tetap kita abaikan. Seolah-olah pelanggan mereka pelanggan kita, pelanggan kita pelanggan kita juga. Ada barang promosi sepatutnya kita serahkan kepada mereka langsung tidak kita serahkan tapi diperam dan disimpan pula menjadi hak milik kita. Tidak kah merasa takut bahawa kita telah menzalimi mereka? Cukuplah dengan apa yang ada selama ini kita peroleh jualan dengan hasil usaha diri kita dibandingkan dengan hasil usaha mengambil dan mencuri hasil dari orang lain. Jangan ada perasaan tamak menguasai diri kita tetapi sentiasalah bermuhasabah adakah apa yang kita lakukan selama ini dalam jualan betul-betul mengikut syariat Allah yang telah ditetapkan.

Bertindak baik dan jangan sama sekali memikirkan kepentingan diri mengatasi segala-galanya. Buat baik berpada-pada buat jahat jangan sekali. Berubah ke arah kebaikan agar apa yang kita lakukan diredai dan diberkati. Jangan bertindak zalim ataupun menindas orang lain kerana kita orang yang melakukan jualan bukan itu cara dan etikanya kita melakukan tugasan. Fikir dosa pahala agar apa yang kita lakukan sentiasa Allah redha sama sekali.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan