Tidak dinafikan bila bertemu dengan prospek/pelanggan
sudah pasti akan menggembirakan kita. Pertemuan dengan mereka seolah-olah
membuka satu dimensi yang ditunggu-tunggu buat kita bagi mencapai penutupan
jualan seperti mana yang kita mahukan. Walaupun kita ketahui sama ada boleh
ataupun tidak semuanya bergantung pada presentasi kita kepada mereka. Dari situ
barulah mereka boleh nilai kan sama ada mahu menerimanya ataupun tidak bergantung
pada kesesuaian dengan kehendak mereka.
Matlamat sasaran kita adalah penutupan jualan boleh
diperoleh. Bukan mimpi tapi itulah harapan dan realiti. Bagi mengelakkan
pertemuan berakhir dengan kegagalan dan kekecewaan adalah disarankan agar
i.
Jangan biarkan kita membebel-bebel menceritakan apa yang
ditawarkan
ii.
Jangan mudah syok sendiri
iii.
Jangan merasakan prospek/pelanggan mudah menerimanya
iv.
Jangan mulakan dengan presentasi dan penerangan terlebih
dahulu
v.
Jangan menggelabah atau gabra tak tentu hala
Ingat perkara di atas agar tidak kita lakukan sama
sekali. Bukan semua prospek/pelanggan yang kita temui akan seratus peratus
terima dengan mudah dan suka hati mereka terima tawaran yang dikemukakan. Oleh
itu jalan paling mudah dan selamat adalah dengan perbanyakan bertanya dan terus
bertanya terlebih dahulu. Segala pertanyaan semuanya menjurus kepada apa yang
kita perlukan dan mahukan dari mereka tentang keperluan produk yang boleh
selesaikan masalah mereka. Kena ada kreativiti dan daya tarikan agar mereka
memberikan apa yang diperlukan.
Lihatlah bagaimana doktor yang merawat pesakitnya.
Semuanya bermula dengan pertanyaan demi pertanyaan bagi mengesahkan apa sakit
yang ditanggungnya. Selepas mengetahui apa sakit sebenarnya barulah pemeriksaan
secara komprehensif boleh dilakukan dengan jayanya oleh doktor tersebut. Kerana
itu dalam profesion seorang doktor perubatan yang pastinya pertanyaan demi
pertanyaan amat mereka lakukan demi memastikan setiap pesakit yang menemui
mereka dapat diberikan jalan penyelesaian mengikut kesesuaian penyakitnya.
Jadi kita dalam bidang jualan juga tidak salah apabila
bertemu dengan prospek/pelanggan mengemukakan soalan demi soalan juga seperti
mana seorang doktor. Dari soalanlah kita akan ketahui apa kehendaknya dan dari
soalan jugalah kita boleh sesuaikan apa produk sebenarnya boleh kita tawarkan
pada mereka. Eloklah bila melakukan jualan elakkan dari melakukan presentasi
terlebih dahulu tapi pelbagaikan kreativiti mengemukakan pelbagai soalan bagi
ketahui apa sebenarnya mereka cari selama ini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan