Selamat datang semoga boleh dimanfaatkan bersama. Terima kasih atas luangan masa anda di sini :] | orang tengah melawat | Follow or Dashboard

Rabu, 10 April 2013

MEMBINA IMEJ PERIBADI



Tidak dinafikan dalam melakukan jualan, imej amat dititik beratkan sama sekali. Tanpa imej prospek/pelanggan pasti meragui akan kehadiran kita sama ada untuk menjual atau mengambil kesempatan atas kelemahan dirinya pula. Tiada siapa mahu ditipu atau tertipu dengan kata-kata manis terutamanya dari orang yang datang menjual. Kerana itu imej amat penting dalam melakukan jualan kerana imej akan melambangkan segala-galanya bermula dari diri sendiri sehinggalah kepada organisasi yang diwakili.

Bercerita tentang imej bukan sahaja bermakna kepada pakaian yang dipakai tetapi juga bagaimana tutur kata, perwatakan dan seterusnya pelbagai lagi yang perlu dijaga dalam memastikan segala yang berkaitan dan berkenaan dengan imej perlu dijaga dengan sebaik yang mungkin. Antara yang perlu ditekan untuk dijaga bersama oleh kita yang melakukan jualan adalah

i.             Penampilan diri
Bagaimana kita berpakaian sememangnya amat dipentingkan. Jangan selekeh. Pilihan warna dalam pakaian amat penting. Jangan terlalu terang atau menyakitkan mata apatah lagi terlalu suram dan agak kelabu. Semuanya perlu dijaga. Baik lelaki atau perempuan menghias diri adalah perlu tetapi jangan berlebihan pula. Kalau tak tahu belajar dari orang yang tahu dari mencuba pandai-pandai sendiri pula.

ii.           Bagaimana jalinkan perhubungan
Berbuat baik dengan orang lain. Hulurkan bantuan dan pertolongan sewajarnya. Jangan mudah meninggi diri apatah lagi bercakap kasar se olah-olah mereka pula yang menjual dan bukannya kita. Sedari dari awal agar kita dapat berkenalan dengan seramai yang termampu. Bila jalinan persahabatan telah termeterai maka melakukan jualan akan lebih memudahkan lagi.

iii.          Kenal pasti permasalahan mereka
Perbanyakan ambil tahu dengan cara perbanyakan bertanya. Hadkan masa emas kita untuk ambil tahu apa punca sebenarnya mereka perlu beli produk kita. Jangan banyak bercerita tapi membanyakkan soalan agar permasalahan mereka dapat kita ketahui dan kenal pasti. Bertindak secara berhemah dan bersopan agar mereka lebih menyenangi dengan kehadiran diri kita di hadapan mereka. Lagi mendalam kita ketahui masalah mereka lebih mudah untuk kita aturkan produk yang mana boleh bersesuaian dengan mereka untuk diselesaikan permasalahan nya.

iv.          Tenang, cekal,sabar dan tabah
Sikap dan sifat yang perlu ada dalam diri kita. Bila perkara ini telah berada dan menjadi satu tabiat dalam diri kita bermakna kita akan mudah menghadapinya segala dugaan, cabaran dan masalah yang mendatang tanpa perlu merasa begitu panik, gerun, takut dan risau pula bermain di kepala kita. Hadapilah dengan sebaik yang mungkin agar apa juga yang mendatang pasti akan dihadapi dengan sebaik yang mungkin.

Tunjukkan yang kita juga merupakan seorang profesional dalam bidang tugasan yang kita lakukan. Nak memikat orang kena lakukan betul-betul agar kesungguhan yang ditunjukkan dapat memberikan keyakinan kepada mereka untuk mempercayainya keupayaan diri kita. Kerana itu dalam menarik perhatian pertama mereka, penonjolan imej perlu dilakukan agar keyakinan dan kepercayaan mereka buat kali pertamanya boleh dibina dan diperoleh dengan secepat yang mungkin. Hubungan yang baik sudah semestinya memberikan pulangan yang baik juga kepada kita pada akhirnya.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan