Memang tidak dinafikan dalam melakukan jualan sudah
pasti terdapat pelbagai teori-teori yang agak baru. Bila dinyatakan teori-teori
baru ini mungkin akan ada yang praktikal dan mungkin juga tidak. Semuanya perlu
kepada kesesuaian sama ada boleh atau tidak digunakan. Kalau bersesuaian tidak
mengapa memang boleh sangat untuk dipergunakan. Tapi bagaimana kalau tidak
bersesuaian? Inilah yang perlu difikirkan dengan lebih mendalam agar apa yang
dilakukan nanti sudah pasti tidak terlalu membuang masa begitu sahaja.
Malangnya bila ada teori yang terbaik untuk dilaksanakan
dan dilakukan, masih wujud lagi masalahnya kenapa masih gagal untuk dilakukan,
dibuat dan diikuti dengan sebaik yang mungkin. Inilah yang menjadikan sesuatu
kaedah atau teori yang baru cukup sukar untuk diikuti. Mohonlah macam mana
sekalipun untuk ditukarkan cara dan kaedah yang baru ini dilaksanakan tapi
kegagalan pula yang diperoleh di atas keengganan dan tidak mahunya untuk
dilakukan perkara baru yang ada diperkenalkan. Mungkin hanya kerana perkara-perkara
ini penyebab utamanya masih gagal untuk diterima lagi kerana
i.
Taksub
Kaedah
yang lama telah berjaya menunjukkan hasilnya. Bila ada yang baru sudah
semestinya akan memberikan kesan kepada seseorang untuk berubah dari yang lama
kepada yang baru. Apa juga yang dilakukan apabila telah berjaya pelaksanaannya
sudah pasti memberikan satu kepercayaan yang mendalam pada seseorang. Bila
telah diyakini dan dipercayai sudah pasti kita akan menjadi taksub dengan apa
yang telah kita lakukan selama ini. Selagi telah memberikan kejayaan kepada
kita selagi itulah kepercayaan yang menebal berada dalam diri kita. Bila dah
berjaya dilakukan bila wujudnya pelbagai teori dan kaedah baru yang ada sudah
pasti teori yang lama juga menjadi pilihan dihati.
ii.
Ego dan percaya
Pengalaman
mengajar segala-galanya. Mana-mana yang dah berjaya dilakukan sudah pasti akan
menaikkan keyakinan dan kepercayaan yang ada. Bila dah terlalu yakin dan
percaya sudah pasti keegoan seseorang akan meningkat naik dan tinggi. Tiada
satu pun yang boleh menghalanginya. Bila dah tinggi diri sudah berada dalam
diri kita tidak semena-mena untuk berubah kepada sesuatu sememangnya agak sukar
dan payah untuk berubah hanya disebabkan keegoan yang berada di dalam diri
terlalu kuat dan kukuh.
iii.
Kaedah sedia ada lebih efektif
Jangan
mudah merasakan apa yang telah dilakukan boleh berjaya selama-lamanya.
Efektinya sesuautu kaedah boleh diukur hanya dengan menyaksikan terdapat
sambutan ataupun tidak dengan apa yang telah kita tawarkan dan lakukan selama
ini. Selagi berjaya mendapatkan pendapatan dan perolehan yang dimahukan buat
apa susah badan untuk fikirkan kaedah baru pula. Selagi boleh mendatangkan
hasil buat sajalah apa yang berjaya sudahlah.
iv.
Terlalu berada di zon selesa
Jangan
tanggung risiko. Jangan menyusahkan badan dan diri. Dah menjadi sebati dan
tabiat dalam melakukan tugasan jualan boleh mendatangkan hasil sudahlah. Baik
berada dalam zon selesa dari menyiksa diri melakukan perkara yang tidak tentu
lagi boleh berjaya dan mendapatkan hasil yang dinigini. Jangan cari fasal atau
menyusahkan diri. Selagi jualan boleh dilakukan itu sudah dikira cukup memadai.
bersambung Part 2 esok pula.......
Tiada ulasan:
Catat Ulasan