Selamat datang semoga boleh dimanfaatkan bersama. Terima kasih atas luangan masa anda di sini :] | orang tengah melawat | Follow or Dashboard

Jumaat, 12 April 2013

SEMUANYA SATU UJIAN




Tetap yakin dengan apa yang telah ditetapkan oleh Allah SWT tentang Qada dan Qadar. Tidak dinafikan sememangnya kita akan lebih bersabar, tenang dan tabah untuk menghadapi akan apa juga yang berlaku dan terjadi. Adakah mulut dan hati kita secara bersama menerima kenyataan ini. Ataupun kita membiarkan mulut sahaja yang berkata sabar tetapi di dalam hati hanya Allah sahaja yang mengetahuinya. Agak malang bila memikirkan kita gagal dalam ketika

i.             Mendapatkan prospek yang dikehendaki

ii.           Mendapatkan leads yang dimahukan

iii.          Gagal menelefon prospek mendapatkan tujuan mendapatkan temu janji

iv.          Berjaya menghubungi prospek tapi masih tidak berminat untuk bertemu

v.            Gagal menghadirkan diri pada masa yang telah ditetapkan dalam temu janji

vi.          Telah melakukan temu janji tapi prospek/pelanggan enggan pula untuk bertemu

vii.        Ada sahaja barang-barang keperluan untuk presentasi yang tertinggal dan lupa untuk dibawa bersama

viii.       Presentasi yang diberikan prospek/pelanggan masih  tidak memahami yang ingin kita tawarkan

ix.         Ingatkan boleh mendapatkan penutupan jualan tapi sebenarnya penutupan mulut mereka yang enggan menerimanya

Dan mungkin pelbagai lagi episod yang kita anggap malang yang akan terjadi dan berlaku tanpa kita sedari. Terdapat satu nasihat dari Imam Qutbul Irsyad Habib Adullah bin Alwi A Haddad mengatakan bahawa ‘Kebanyakan orang, jika tertimpa musibah penyakit atau lainnya, mereka akan tabah dan sabar, mereka sedar bahawa itu adalah Qada dan Qadar ALLAH SWT. Tetapi jika diganggu orang, mereka sangat marah. Mereka lupa bahawa gangguan-gangguan itu sebenarnya juga adalah Qada dan Qadar Allah SWT, mereka lupa bahawa sesungguhnya ALLAH SWT hendak menguji dan menyucikan jiwa mereka’.
 
Mungkin dalam melakukan jualan mana yang gagal mungkin kita boleh menerimanya sebagai Qada dan Qadar Allah tapi hanya disebabkan kita ditegur oleh rakan setugas, ketua atau majikan kita seolah-olah dirasakan bagai tidak pandai melakukan jualan menyebabkan kita akan mudah melenting atau merasa susah hati hanya disebabkan teguran yang diterima. Seolah-olah kita langsung tidak mempunyai kredibiliti, keupayaan dan kehebatan dalam melakukan jualan. Kesabaran dan ketabahan kita akan hilang ekoran dari teguran yang diterima. Seolah-olah langsung tidak memikirkan dan dipandang sebagai Qada dan Qadar Allah juga. Anggaplah ia nya sebagai satu ujian datangnya dari Allah akan teguran kerana mereka hanyalah sebagai pengantara penyebab ujian Allah ini. Bersabarlah dan bertenanglah sentiasa agar penyucian jiwa kita dapat dilakukan dengan sebaik yang mungkin.

Rasulullah SAW bersabda “Besarnya pahala tergantung pada beratnya ujian. Jika Allah SWT mencintai suatu kaum, ia akan menguji mereka. Barang siapa redha, ia akan memperoleh keredaannya, barang siapa tidak redha, Allah SWT akan murka kepadanya.” (Hadis Riwayat Thabrani dan Ibnu Majah). Satu bukti dari Rasulullah SAW tentang betapa sebaik-baik tindakan dan langkah yang bijak adalah sentiasa bersabar dengan apa yang berlaku dan terjadi. Jangan sama sekali marah, melenting, patah hati dan kecewa. Anggap apa yang berlaku semuanya ujian dan dugaan dari Allah dan hadapilah dengan sebaik yang mungkin tanpa merasa berat dan sukar sama sekali.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan