Selamat datang semoga boleh dimanfaatkan bersama. Terima kasih atas luangan masa anda di sini :] | orang tengah melawat | Follow or Dashboard

Ahad, 14 April 2013

NAK BUAT APA DENGAN LEADS YANG TIDAK DI GUNAKAN LAGI?



Setelah melakukan saringan dan pemilihan yang sewajarnya maka tinggallah senarai leads yang ada yang tidak akan digunakan lagi. Maka terbiar kerana merasakan tidak ada gunanya lagi untuk dipergunakan. Persoalannya adakah wajar senarai leads-leads yang telah dilakukan saringan dan pemilihan ini perlu dibuang begitu sahaja? Adakah perlu atau tidak menggunakannya lagi baik di masa yang terdekat ataupun di masa akan datang pula?

Sememangnya amat memeningkan kepala kita sama ada untuk disimpan atau tidak. Kalau senang dan mudah mendapat leads yang diperlukan mungkin boleh dibuang begitu sahaja tapi kalau sukar pula eloklah disimpan terlebih dahulu. Bergantung pada keperluan dalam menjual produk yang hendak ditawarkan. Memastikan leads yang ada untuk disasarkan bersesuaian dengan produk yang ditawarkan. Yang penting kena ada perancangan yang terbaik untuk menggunakan senarai leads yang ada agar setiap apa yang disaring tersebut dirasakan tidak membuang masa dan terbiar begitu sahaja. Antara tindakan yang pasti perlu dilakukan adalah

i.             Sebaik-baik tindakan jangan dibuang dahulu tapi disimpan sahaja. Tak tahu di masa hadapan akan keperluan jualan kita. Mungkin sekarang tidak perlu tapi macam mana dengan masa akan datang. Baik kita lakukan persiapan dahulu dari terburu-buru mencari semula akan perkara yang telah ada pada kita sebelum ini.

ii.           Ketahui produk yang ingin ditawarkan dahulu untuk disesuaikan dengan sasaran prospek/pelanggan yang memerlukannya mengikut senarai yang ada. Bila ada produk baru kena cari senarai baru yang sepatutnya mungkin pada senarai lama kita boleh dipergunakan semula. Pastikan apa yang dilakukan akan memudahkan semula tugasan kita dalam menjual.

iii.          Jangan mudah terpedaya dengan apa yang orang lain perkatakan dan lakukan. Jimatkan masa kita dahulu pergunakan sebaik mungkin pada senarai leads-leads yang ada. Jangan buang masa mencari leads yang serba baru sahaja tapi biarlah masa kita banyak terbuang mencari jualan yang sepatutnya.

iv.          Sentiasa kemas kini senarai leads yang ada sebaik-baiknya setiap hari dilakukan agar masalah kekeringan tidak mudah berlaku dan terjadi. Disiplin diri melakukan apa yang dimahukan agar data-data yang ada diperbaharui sentiasa.

Apa pun masalah yang menimpa lakukan perancangan dengan sebaik yang mungkin. Tanpa perancangan sudah tentu pemilihan dan saringan yang perlu dilakukan tidak ke mana perginya. Sudah tentu buat penat badan sahaja. Pemilihan entah ke mana jualan lagilah tak tersusun. Kerana itu perancangan yang ada kena selarikan dengan tindakan yang perlu dilakukan. Ambillah langkah yang berhati-hati supaya apa juga tindakan kita boleh menghasilkan kejayaan seperti mana yang dimahukan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan