Selamat datang semoga boleh dimanfaatkan bersama. Terima kasih atas luangan masa anda di sini :] | orang tengah melawat | Follow or Dashboard

Sabtu, 27 April 2013

KANDUNGAN E-MEL MESTI TERBAIK




Pastikan penghantaran e-mel yang dihantar dapat diterima baik oleh prospek/pelanggan yang menerimanya. Mereka sanggup luangkan sedikit masa untuk membuka dan seterusnya membacanya terlebih dahulu sebelum tindakan sama ada untuk menghubungi kita semula atau membuangnya begitu sahaja. Penyusunan ayat biarlah jelas, ringkas dan padat untuk memudahkan mereka membaca dan faham akan apa yang kita maksudkan. Jangan kelirukan mereka tapi berikan penjelasan yang baik tentang apa juga produk yang ditawarkan.

Berikan yang terbaik bukannya yang bukan-bukan. Nak menjual buat cara nak menjual. Bukan suka-suka hati lakukan seperti melepaskan batuk di tangga sahaja. Oleh itu ambil tindakan berhati-hati dan berwaspada agar setiap e-mel yang dihantar ada nilainya untuk mereka menerimanya dengan hati yang terbuka. Antara perkara-perkara yang perlu dilakukan sebelum e-mel tersebut dihantar adalah

i.             Pastikan nama dan pangkat prospek/pelanggan diletakkan di bahagian paling atas sekali. Seolah-olah e-mel tersebut dihantar kepada dirinya seorang sahaja yang menerimanya. 

ii.           Pastikan perbuatan ‘Cut and Paste’ dilakukan dengan berhati-hati agar tiada kesalahan dan kesilapan boleh dikesan pula oleh penerima. Pastikan tiada tersalah maklumat pula yang dihantar kepada mereka.

iii.          Lebih baik personel kan e-mel yang dihantar dan bukan dihantar dengan penerima yang ramai kita lontarkan e-mel tersebut.

iv.          Pastikan ia nya jelas, ringkas dan padat tidak berjela-jela panjangnya dalam memberikan maklumat. Matlamat kita adalah mendapatkan maklum balas segera kepada kita. Tarik minat hanya dengan penerangan yang diberikan.

v.            Gunakan font yang menarik agar lebih mudah mereka untuk membacanya

vi.          Kurangkan penggunaan bergambar. Kalau menggunakan gambar biarlah bersaiz kecil pixelnya.

vii.        Cipta ayat-ayat yang boleh menarik perhatian mereka untuk membaca dan boleh menghubungi kita semula. Kreativiti amat dituntut sama sekali dalam menghasilkan e-mel yang mempesonakan. 

viii.       Semak berkali-kali dan bukannya sekali sahaja agar segala kesilapan dan kesalahan dapat kita hindari dan elakkan.

Jangan malu untuk meniru atau  mengambil dari e-mel-e-mel jualan dari orang lain. Ubah dan olah kan ia menjadi satu e-mel yang terbaik dari kita untuk mereka. Sebaik-baik tindakan tengok e-mel-e-mel yang dihantar oleh orang lain yang melakukan jualan untuk kita lakukan pula. Tiada apa yang harus dimalukan. Mana yang terbaik ambil sahaja janji e-mel yang dihantar dapat memikat hati dan terbuka perasaan mereka untuk mengetahui lebih lanjut lagi tentang penawaran produk yang kita tawarkan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan