Selamat datang semoga boleh dimanfaatkan bersama. Terima kasih atas luangan masa anda di sini :] | orang tengah melawat | Follow or Dashboard

Isnin, 15 April 2013

TANDA PENUTUPAN JUALAN BAKAL DIPEROLEH



Hendak ke atau tidak ni? Sememangnya menjadi satu persoalan dalam diri kita sama ada prospek/pelanggan mahu menerimanya ataupun tidak. Cukup suspens dibuatnya dalam peringkat hendak mendapatkan penutupan jualan. Masa penat kita hampir berakhir apabila segala persembahan dan presentasi telah dilakukan dengan sebaik yang mungkin tanpa dirasakan tiada kegagalan atau kesalahan dilakukan. Hanya menunggukan kata putus prospek/pelanggan untuk menerimanya. Sememangnya satu dugaan paling tinggi ketika ini menguji kesabaran dan ketabahan. Agak-agaknya bolehkah penerimaan tawaran dapat berlaku?

Sudah tentu mesti ada cara dan kaedahnya dalam memastikan sama ada di terima ataupun tidak. Bukan nak syok sendiri atau perasan tak tentu hala. Tapi secara kebiasaannya sebelum mereka memberikan kata putus untuk menerimanya ataupun tidak terdapat tanda-tanda awal akan apa yang kita lakukan terhadap mereka boleh mendapat penutupan jualan seperti mana yang kita harapkan. Tanda-tanda tersebut adalah

i.             Prospek/pelanggan minta penerangan tambahan
Semakin kita mengharapkan persetujuan semakin banyak pula pertanyaan yang dikemukakan terhadap kita tentang produk yang ditawarkan. Peluang telah terbuka luas. Hanya menantikan waktu yang bersesuaian untuk mereka mengatakan ya. Semakin banyak pertanyaan yang dikemukakan bermakna semakin hampir kepada persetujuan. Nak dapatkan persetujuan bermakna kena hilangkan segala kekaburan yang ada untuk memudahkan lagi kefahaman dirinya terhadap produk yang ditawarkan.

ii.           Sering memberikan komen yang positif
Maklum balas terlalu positif sehinggakan kita seolah-olah tidak perlu melakukan apa-apa tindakan susulan pula bagi memaklumkan dan menceritakan kepada mereka. Semuanya yang baik-baik dan yang indah-indah sahaja keluar dari mulut mereka. Banyakkan berkata ya dan betul menyokong pula apa yang mereka perkatakan. Sudah pasti sikap positif kita akan memberikan kesan positif kepada mereka untuk menerima tawaran yang dikemukakan.

iii.          Kerap mengatakan kelemahan pesaing
Jangan sesekali mengutuk dan mengatakan yang bukan-bukan tentang pesaing. Yang penting bukan dari mulut kita. Kalau kelemahan pesaing mereka sendiri yang perkatakan eloklah dibiarkan sahaja. Jangan pula kita sokong atau menokok tambah pula. Lebih banyak berkata ya kah atau tidak tahu selama ini. Kebiasaannya mereka hanya melepaskan perasaan mereka tanda tidak bersetuju dengan apa yang telah mereka terima dari pesaing selama ini.

iv.          Mula percaya dengan apa yang kita perkatakan
Bila sudah mula percaya lagi mudah mendapatkan penutupan jualan. Percaya kerana keyakinan kita pada mereka dan apa yang telah kita perkatakan menjadi satu pegangan dan kefahaman mereka. Bila dah betul-betul faham lagi senang untuk kita mendapatkan penutupan jualan seperti mana yang kita mahukan. Yang penting kena bersabar dan tabah dalam menempuh segala cabaran dan dugaan yang mendatang.

v.            Apa lagi yang perlu saya lakukan
Prospek/pelanggan apa bila sudah suka dengan apa yang telah kita terangkan dan berikan presentasi seperti mana yang mereka harapkan sudah pasti mereka akan bertanya ‘ ada apa-apa lagi yang perlu saya lakukan’. Pertanyaan  sebegini merupakan satu bonus kepada kita mengesahkan selama ini yang mereka benar-benar berminat untuk menerima tawaran yang dikemukakan. Bukan mencari jalan mudah buat kita tapi ia nya merupakan satu peluang atau oportuniti buat diri kita juga yang mereka benar-benar berminat. Teruskan usaha bantu dan tolong mereka untuk merealisasikan yang mereka idamkan selama ini.

vi.          Berhenti menjual tapi bantu mereka untuk membeli
Pujuklah dengan sebaik mungkin dan berikan jalan penyelesaian kepada mereka bagaimana produk yang ditawarkan dapat menyelesaikan permasalahan buat diri mereka secara baik dan berhemah. Hulurkan bantuan dan pertolongan dengan sebaik yang mungkin agar apa yang kita lakukan ini menjadi satu dorongan dan pencetus keyakinan lagi kepada mereka.

vii.        Ambil tahu latar belakang kita
Bila dah berminat mulalah ingin mengetahui pula tentang latar belakang kita pula. Banyak pula pertanyaan berkisar pada kita dan bukannya pada produk yang ditawarkan. Ini satu petanda keyakinan dan kepercayaan sudah mula menular dalam diri nya. Satu bukti penerimaan tawaran bukan setakat berkisar pada produk sahaja tapi juga pada diri kita sendiri. Yang penting jangan pula hendak meninggi diri berlagak tak tentu hala. Sentiasa berhemah dan bersopan dengan siapa pun juga orang yang kita temui. Sesungguhnya keperibadian kita melambangkan segala-galanya.

Buat seperti biasa walaupun kita tahu penutupan jualan tersebut adalah hak mutlak kita akhirnya. Jangan pula terlalu ghairah kerana takut tak jadi nanti kita pula yang menanggung malu dan kecewa. Bertenang dan teruskan sahaja ambil tindakan yang aktif dan proaktif agar semua yang kita rancang kan menjadi satu kenyataan dan realiti. Ingatlah apa yang kita lakukan menghasilkan apa yang kita buat. Bertenang, bersabar dan tabah dalam menghadapi apa juga ujian dan cabaran yang ditempuh tidak kira berat atau ringan. Fokus dengan apa yang kita lakukan untuk mendapatkan apa hasil yang sepatutnya kita peroleh.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan