Bersedia kah kita untuk mencapai apa yang kita mahukan
dan inginkan melalui pelbagai rintangan, dugaan, cabaran dan musibah? Kuat kah
semangat kita untuk melalui semua ini? Kenapa perlu kita keluar dari zon selesa
hanya semata-mata ingin mencapai dan mendapat apa yang kita idamkan. Itulah
matlamat kita yang perlu untuk kita bekerja keras dan memberikan tumpuan utama
agar ia nya menjadi satu realiti dan bukannya satu fantasi.
Inilah tugasan dalam kehidupan kita dalam melakukan
jualan perlu bagi kita mencapainya dengan sebaik yang mungkin. Menjadikan
matlamat satu realiti yang wajib dan mesti dicapai, beberapa perkara perlu kita
lakukan dengan sebaik yang mungkin agar pada akhirnya dapat dicapai juga iaitu
dengan
i.
Perancangan yang baik pasti menghasilkan keputusan yang
baik. Semuanya bergantung pada tindakan bagaimana untuk dilakukan sama ada
bersungguh, seriusnya dan betapa fokusnya untuk mencapai apa yang dimahukan.
ii.
Berfikiran positif sentiasa. Anggap apa juga halangan,
dugaan, cabaran, musibah dan masalah yang timbul adalah semuanya ujian dari
Allah dan menguji kesabaran dan ketabahan diri kita sama ada mampu atau tidak
untuk dihadapi. Yang penting jangan lari dan anggap sesuatu yang membebankan
segala yang mendatang. Laluinya dengan sebaik yang mungkin
iii.
Jangan putus asa untuk berdoa. Berdoa dan terus berdoa
agar Allah sentiasa membantu dan menolong diri kita agar sentiasa per mudahkan
dan menyenangkan segala tindakan dan perbuatan kita melakukan tugasan jualan
dengan sebaik yang mungkin tanpa ada rasanya berbelah bagi.
iv.
Tiada jalan mudah dan senang untuk mencapai kejayaan. Pastinya
semua penuh dengan ranjau duri dan berliku untuk dihadapi dengan sebaik yang
mungkin Kena ada ketabahan, ketenangan dan kesabaran dalam menghadapi dengan
sebaik yang mungkin
v.
Dalami ilmu dan jangan sama sekali merasakan apa yang
sudah ada pada kita dirasakan sudah memadai. Dapatkan lagi tambah sebanyak yang
mungkin secara konsisten tanpa mengenal putus asa dan kecewa. Teruskan
pencarian ilmu kerana dengan ilmu sahajalah yang akan memberikan kita semangat
dan pendorong untuk mencapai apa yang kita idamkan dan mahukan selama ini.
Jangan berhenti di tengah jalan. Teruskan sahaja apa yang
telah kita mulakan. Kita bukannya lagi anak kecil yang perlu dibelai dan
dimanja sentiasa. Alang-alang menyeluk pekasam biarlah sampai ke pangkal
lengan. Teruskan sahaja sehingga matlamat yang kita idamkan dan mahukan dapat
dicapai dan digapai dengan sebaik yang mungkin. Bila dah capai itulah kepuasan
yang akan kita dapati. Rasa puas yang akan mengatasi segala-galanya. Bila dah
rasa puas kita akan meletakkan matlamat lagi lebih tinggi dan terus bersemangat
untuk melakukannya lagi dan lagi asalkan apa yang kita mahukan boleh dan mampu
kita peroleh.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan