Dalam melakukan jualan kadang-kadang terjadi dan berlaku
bangkangan jualan dari prospek/pelanggan yang ditemui. Mengendalikan secara
baik dan berhemah amat dituntut dalam situasi sebegini. Jangan dibiarkan
berlarutan nanti perkara yang negatif pula yang terjadi. Sememangnya kalau
sesuatu perkara yang kita perkatakan itu betul dan benar tidak salah untuk kita
berhujah semula dengan prospek/pelanggan yang ditemui. Tetapkan pendirian agar
kita tidak mudah goyang dan merasa ragu-ragu akan apa yang telah diperkatakan
untuk dipertahankan sama sekali.
Janganlah seperti mencurah air di daun keladi kita
lakukannya. Masuk telinga kiri keluar telinga kanan pula. Nak berhujah biar
bersungguh-sungguh. Pertahankan kebenarannya. Tapi biarlah secara berhemah dan
berlembut. Jangan diikutkan hati yang panas kelak nanti rosak pula jiwa dan
raga. Kerana itu kalau berasa hendak juga berhujah dengan prospek/pelanggan
yang ditemui tindakan-tindakan yang perlu kita lakukan dan mesti dibuat oleh
kita adalah dengan
i.
Sentiasa berkeadaan tenang dan relak. Disertakan sekali
dengan nada suara yang rendah memaklumkan dengan sebaik yang mungkin memikirkan
tiada siapa yang hatinya boleh disakiti dengan menjaga ego mereka sebaik yang
mungkin.
ii.
Tolong jangan menghina atau merendah-rendahkan apa juga
pendapat dan kenyataan yang kita terima dari mereka. Lagipun dalam Islam
bukannya boleh senang-senang nak hina dan hentam orang sesuka hati kita.
Sememangnya tidak dibenarkan sama sekali.
iii.
Pastikan nak berhujah kedua-dua telinga kita sudah
bersedia untuk mendengarnya dan bukannya bersedia untuk bercakap sahaja.
Peruntukkan masa fokus untuk mendengarnya. Jangan terlalu ghairah nak berhujah
tapi langsung tiada pula kita hendak mendengarkan apa hujahnya pula terhadap
kita. Kena bagi adil dan bersabar banyak.
iv.
Hujah yang diberikan perlu munasabah dan ada logiknya.
Jangan sama sekali berhujah mengikut panas di hati atau sesedap mulut sahaja
diperkatakan. Berfikir dahulu sebelum sebarang hujah boleh diberikan. Ambil
jalan selamat dari membahayakan diri kita semula.
v.
Apa yang diperkatakan pastikan tidak panjang berjela
hujahnya. Berikan yang ringkas dan jelas tapi padat untuk seseorang dapat
menerimanya dengan baik sama sekali. Kalau betul sekalipun tapi mereka yang
mendengarnya terlalu panjang berjela dikhuatiri nanti boleh menyebabkan
ketidakpuasan hati boleh berlaku. Bertimbang rasa dan berikan dengan sebaik
yang mungkin.
vi.
Jaga masa. Jangan terlalu lama mengambil masa dalam
mengemukakan hujah. Pastikan ada hadnya agar tidak berlarutan. Elakkan jadi
pertengkaran apatah lagi pergaduhan. Kawallah suasana dengan sebaik yang
mungkin kerana setiap manusia itu ada had kesabarannya. Jangan difikirkan
tentang sabar kita sahaja tapi fikirkan sama kesabaran mereka terhadap kita.
Berhujahlah dengan bijaksana dan teratur tanpa perlu
meninggi suara dan pertahankan ego kita. Kita yang melakukan jualan kena
bersabar banyak dan memastikan setiap apa yang kita tawarkan di akhir pertemuan
nanti berjaya mendapatkan persetujuan daripada mereka. Tidak ada gunanya kalau
berjaya sekalipun dalam menjual prospek/pelanggan masih tidak berpuas hati dan
berdendam pula dengan kita. Banyak lagi yang boleh kita pergunakan mereka
terutama sekali bila mereka telah mula menjadi pelanggan kita.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan